Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPad Air M3_2

Apple Perkenal iPad Air Dengan Cip M3 – Harga Bermula RM2,799

Diterbitkan Mac 4, 2025 · Dikemas kini Mac 5, 2025 oleh Amalina Athman

Apple hari ini secara rasmi memperkenalkan iPad Air baharu, yang hadir dalam dua pilihan saiz iaitu 11-inci dan 13-inci.

iPad Air M3_4

Menyentuh spesifikasi, iPad Air baharu ini dilengkapi cip Apple M3 dengan 8-teras CPU dan 9-teras GPU serta 16-teras Neural Engine. Keupayaan CPU dan GPU masing-masing menawarkan kelajuan sehingga 35% lebih pantas dan prestasi grafik sehingga 40% lebih pantas berbanding M1.

Berbanding M1, Neural Engine dalam M3 adalah sehingga 60% lebih pantas untuk beban kerja berasaskan kecerdasan buatan (AI).

Menurut Apple, iPad Air dengan cip M3 menawarkan prestasi hampir 2 kali ganda lebih pantas berbanding iPad Air dengan cip M1 dan sehingga 3.5 kali ganda lebih pantas berbanding iPad Air yang dilengkapi cip A14 Bionic.

Buat pertama kalinya, iPad Air turut menyokong dynamic caching, bersama hardware-accelerated mesh shading dan ray tracing. 

Apple Perkenal iPad Air Dengan Cip M3 – Harga Bermula RM2,799

Dengan iPadOS 18, ia menyokong Apple Intelligence, sambungan 5G berkelajuan tinggi serta keserasian dengan Apple Pencil Pro dan Apple Pencil (USB-C). Lain-lain termasuk sokongan Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.3, port USB-C, kamera hadapan 12MP Center Stage serta kamera belakang 12MP Wide.

Sementara itu, Magic Keyboard baharu kini dilengkapi trackpad yang lebih besar serta kekunci yang memudahkan akses kepada ciri seperti kawalan kecerahan skrin dan kelantangan audio.

Apple Perkenal iPad Air Dengan Cip M3 – Harga Bermula RM2,799
Apple Perkenal iPad Air Dengan Cip M3 – Harga Bermula RM2,799

Ia melekat secara magnetik pada iPad Air, dan Smart Connector akan menyambungkan kuasa dan data tanpa memerlukan sambungan Bluetooth.

Harga dan ketersediaan

iPad Air M3_5

iPad Air baharu tersedia dalam pilihan warna Pink, Yello, Blue dan Silver. Berikut merupakan harga permulaan bagi setiap varian, dengan pilihan storan yang tersedia:

iPad Air M3 11-inci (Wi-Fi)

  • 128GB – RM2,799
  • 256GB – RM3,199
  • 512GB – RM4,099
  • 1TB – RM4,999

iPad Air M3 11-inci (Wi-Fi + Selular)

  • 128GB – RM3,499
  • 256GB – RM3,899
  • 512GB – RM4,799
  • 1TB – RM5,699

iPad Air M3 13-inci (Wi-Fi)

  • 128GB – RM3,699
  • 256GB – RM4,099
  • 512GB – RM4,999
  • 1TB – RM5,899

iPad Air M3 13-inci (Wi-Fi + Selular)

  • 128GB – RM4,399
  • 256GB – RM4,799
  • 512GB – RM5,699
  • 1TB – RM6,599

Magic Keyboard

  • 11-inci – RM1,299
  • 13-inci – RM1,399

Untuk sektor pendidikan, model iPad Air 11-inci dan 13-inci masing-masing ditawarkan pada harga bermula RM2,569 dan RM3,469. Sementara Magic Keyboard 11-inci dan 13-inci tersedia pada harga RM1,199 dan RM1,309.

Namun begitu, buat masa ini ia belum lagi tersedia untuk pasaran Malaysia.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • iPhone 16e Rasmi - Cip A18, Modem 5G Sendiri, Harga Bermula RM2,999
  • Dengan Kehadiran iPhone 16e, Ini Beberapa Perkara Anda Perlu Tahu
  • iPad Dikemas Kini Dengan Cip A16, Storan Minimum 128GB - Harga Bermula RM1,599

Sumber: Apple Newsroom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY