Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS 26.6_imagewisermy02

iOS 26.6 Kini Tersedia, Bawa Lebih 75 Tampalan Keselamatan Untuk iPhone

Diterbitkan Julai 28, 2026 · Dikemas kini Julai 28, 2026 oleh Amalina Athman

Apple hari ini mengeluarkan iOS 26.6 dan iPadOS 26.6 untuk pengguna iPhone dan iPad. Walaupun kemas kini ini tidak membawa banyak ciri baharu seperti iOS 26.5 dan iOS 26.4, ia memfokuskan kepada pembetulan pepijat, kemas kini keselamatan serta persediaan menjelang pelancaran iOS 27.

Menurut Apple, iOS 26.6 mengoptimumkan indeks Spotlight sebagai persediaan untuk iOS 27. Ia juga dijangka menjadi antara kemas kini terakhir bagi iOS 26 sebelum sistem operasi baharu diperkenalkan bersama iPhone generasi seterusnya.

iOS 26.6_imagewisermy03

Dari aspek keselamatan, Apple menyenaraikan lebih 75 kerentanan yang dikaitkan dengan 87 nombor CVE.

Antaranya termasuk kelemahan yang berpotensi membolehkan aplikasi memperoleh keistimewaan root atau kernel, memintas perlindungan code signing, keluar daripada persekitaran sandbox, menambah kenalan tanpa kebenaran pengguna serta mendedahkan data sensitif menerusi iPhone Mirroring kepada individu yang mempunyai akses fizikal kepada peranti.

Apple turut menampal lebih sedozen kelemahan keselamatan pada kernel, beberapa isu melibatkan WebKit yang digunakan oleh Safari serta satu kelemahan Wi-Fi yang berpotensi dieksploitasi oleh penyerang yang berada berdekatan.

iOS 26.6_01
iOS 26.6_02
iOS 26.6_03
iOS 26.6_04

Apple tidak menyatakan mana-mana kelemahan tersebut telah dieksploitasi secara aktif sebelum ini. Namun, pengguna disarankan memasang kemas kini terkini secepat mungkin bagi mengurangkan risiko keselamatan, lebih-lebih lagi selepas butiran mengenai kelemahan tersebut didedahkan kepada umum.

Kemas kini iOS 26.6 dan iPadOS 26.6 boleh dipasang secara OTA (over-the-air) melalui Settings > General > Software Update > Update Now.

Selain iPhone dan iPad, Apple turut mengeluarkan macOS Tahoe 26.6 yang mengandungi lebih 130 tampalan keselamatan. Kemas kini untuk tvOS 26.6, watchOS 26.6 dan visionOS 26.6 pula masing-masing merangkumi lebih 80 tampalan keselamatan.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Ini Cara Paling Cepat Buka Halaman ‘Updates’ App Store Selepas iOS 26.4
  • iOS 26.5 Kini Tersedia - Mesej RCS E2EE, Pilihan Langganan Baharu, Lebih 50 Tampalan Keselamatan
  • Rasmi, Ini Senarai Penuh iPhone Terima Sokongan iOS 27

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY