Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Rasmi, Ini Senarai Penuh iPhone Terima Sokongan iOS 27

Posted on Jun 9, 2026Jun 9, 2026

Apple secara rasmi kini mengumumkan senarai iPhone yang bakal menerima sokongan iOS 27 dalam acara tahunan WWDC26.

Tidak seperti jangkaan sebelum ini, Apple mengesahkan iPhone 11 serta iPhone SE generasi kedua masih disenaraikan sebagai peranti yang disokong. Ini bermakna semua model iPhone yang menjalankan iOS 26 turut layak menerima kemas kini iOS 27. Berikut adalah senarai penuh:

  • iPhone 11
  • iPhone 11 Pro dan Pro Max
  • iPhone 12 dan 12 mini
  • iPhone 12 Pro dan Pro Max
  • iPhone 13 dan 13 mini
  • iPhone 13 Pro dan Pro Max
  • iPhone 14 dan 14 Plus
  • iPhone 14 Pro dan Pro Max
  • iPhone 15 dan 15 Plus
  • iPhone 15 Pro dan Pro Max
  • iPhone SE (generasi kedua dan terbaharu)
  • iPhone 16e, 16 dan 16 Plus
  • iPhone 16 Pro dan Pro Max
  • iPhone 17e, iPhone 17
  • iPhone Air
  • iPhone 17 Pro dan Pro Max

Dan sudah tentunya, ia juga akan menyokong siri iPhone terbaharu yang dijangka bakal dilancarkan September nanti.

Dengan pengumuman ini, terjawab sudah persoalan ramai pengguna mengenai model iPhone yang akan terus menerima sokongan sistem operasi terbaharu Apple.

iOS 27 akan tersedia untuk ujian bermula hari ini menerusi Apple Developer Program. Sementara itu, versi beta awam akan dibuka kepada pengguna melalui Apple Beta Software Program bulan hadapan. Kemas kini versi stabil pula dijangka dilepaskan kepada semua pengguna pada September kelak.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress