Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

iOS 26.4 Kini Tersedia Dengan Sejumlah Ciri Baharu, Lebih 35 Tampalan Keselamatan

Posted on Mac 25, 2026Mac 25, 2026

Apple hari ini melancarkan iOS 26.4, kemas kini terbaharu untuk iPhone yang membawa pelbagai penambahbaikan termasuk ciri baharu serta tampalan keselamatan.

Apple Music

Apple Music kini menampilkan ciri “Concert Near You” yang membantu pengguna mencari konsert berdekatan dan mengesyorkan artis baharu berdasarkan lagu yang didengari.

Apple turut mereka semula halaman album dan playlist dengan penambahan latar belakang bersaiz penuh.

Pengecaman Muzik luar talian

Melalui Control Center, ciri pengecaman lagu kini boleh mengenal pasti lagu tanpa sambungan internet dan menghantar hasil secara automatik sebaik sahaja peranti kembali dalam talian.

Stolen Device Protection

Ciri Stolen Device Protection (Perlindungan Peranti Dicuri) kini diaktifkan secara default untuk semua pengguna iPhone, tidak lagi sebagai pilihan tambahan. Jika perlu, ia boleh dinyahaktifkan melalui Settings > Face ID & Passcode > Stolen Device Protection.

Apple memperkenalkan ciri ini sejak iOS 17.3. Apabila diaktifkan, ia memerlukan pengesahan tambahan melalui Face ID atau Touch ID untuk mengakses fungsi tertentu seperti aplikasi Passwords, factory reset, menggunakan kaedah pembayaran yang disimpan dalam Safari, dan mematikan Lost Mode dalam Find My.

Ketepatan Papan Kekunci

iOS 26.4 meningkatkan ketepatan papan kekunci semasa menaip dengan cepat, sekali gus memperbaiki pepijat yang menyebabkan aksara tertentu tidak dikesan dan menjejaskan fungsi autocorrect.

Perubahan Purchase Sharing (Perkongsian Pembelian)

Ahli dewasa dalam kumpulan Family Sharing kini boleh menggunakan kaedah pembayaran masing-masing untuk pembelian, tanpa perlu berkongsi satu kaedah pembayaran yang sama.

Camera

Dalam tetapan aplikasi Camera, terdapat pilihan baharu “Audio Zoom”. Ciri ini membolehkan audio difokuskan kepada subjek apabila zum digunakan semasa rakaman video. Ia boleh dihidupkan atau dimatikan mengikut keperluan.

Emoji Baharu

iOS 26.4 turut menambah 8 emoji baharu termasuk orca, trombon, tanah runtuh, penari balet dan muka herot (distorted face) dalam papan kekunci emoji.

Tampalan Keselamatan

iOS 26.4 membaiki lebih 35 kerentanan keselamatan yang melibatkan iCloud, aplikasi Mail, Siri, Messages dan pelbagai komponen sistem.

Walaupun tiada eksploitasi aktif dikesan, pengguna disarankan untuk mengemas kini kerana maklumat kerentanan yang telah didedahkan berpotensi disalah guna.

Lain-lain

Kemas kini iOS 26.4 juga menyertakan penambahbaikan untuk kebolehcapaian, aplikasi Freeform, Health, sokongan untuk AirPods Max 2 dan lain-lain.

Namun, perlu diketahui bahawa sesetengah ciri mungkin tidak tersedia untuk semua model iPhone.

Ketersediaan

Pengguna boleh memasang kemas kini iOS 26.4 secara OTA (over-the-air) melalui Settings > General > Software Update > Update Now.

Bagi iPhone yang tidak menyokong atau belum dinaik taraf kepada ‌iOS 26‌, Apple turut mengeluarkan kemas kini iOS 18.7.7.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress