Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
App Store_wisermy_1

Ini Cara Paling Cepat Buka Halaman ‘Updates’ App Store Selepas iOS 26.4

Diterbitkan April 16, 2026 · Dikemas kini April 19, 2026 oleh Amalina Athman

Selepas mengemas kini iOS 26.4, sebilangan pengguna mungkin perasan satu perubahan kecil pada App Store yang boleh terasa sedikit mengganggu.

Melalui kemas kini ini, Apple telah memperkenalkan hab Apple Account baharu yang menggantikan halaman profil lama. Ia masih menawarkan ciri yang hampir sama seperti sebelum ini, termasuk tetapan akaun, pembelian dan langganan, tetapi dengan rekaan yang lebih tersusun dan seragam.

Dalam masa sama, perubahan ini turut memberi kesan kepada cara pengguna mengakses kemas kini aplikasi. Jika sebelum ini senarai kemas kini terus dipaparkan dalam halaman profil, kini pengguna perlu masuk ke bahagian “App Updates” terlebih dahulu. Ini bermakna, satu langkah tambahan diperlukan untuk melihat kemas kini aplikasi.

Update App Store_ios 26.3
Sebelum iOS 26.4
after iOS 26.4 app store Updates (1) (1)
Selepas iOS 26.4

Perubahan ini mungkin nampak kecil, tetapi boleh terasa kurang praktikal bagi pengguna yang kerap menyemak kemas kini secara manual.

Namun begitu, sebenarnya ada cara lebih pantas yang ramai mungkin tak sedar. Cara ini boleh digunakan pada iOS 26.4 dan juga versi sebelumnya.

Pengguna hanya perlu tekan dan tahan (long-press) ikon App Store di skrin utama. Kemudian, pilih pilihan “Updates” daripada menu ‘pop-up’ yang muncul.

shortcut Updates App Store_ (1)

Dengan cara ini, pengguna boleh terus masuk ke halaman kemas kini aplikasi tanpa perlu buka App Store dan tekan beberapa langkah seperti biasa.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • iOS 26.4 Kini Tersedia Dengan Sejumlah Ciri Baharu, Lebih 35 Tampalan Keselamatan
  • Kemas Kini iOS 26.4.1 Tersedia Dengan Pembetulan Pepijat
  • Pengguna iOS 26 Mula Terima Rekaan 'Liquid Glass' Di WhatsApp

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY