Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS 26.6.1

iOS 26.6.1 Kini Tersedia, Apple Baiki Lebih 20 Kelemahan Keselamatan

Diterbitkan Ogos 18, 2026 · Dikemas kini Ogos 18, 2026 oleh Amalina Athman

Apple hari ini telah mengeluarkan iOS 26.6.1 (23G83) untuk pengguna iPhone, dengan tumpuan kepada pembaikan keselamatan.

Berdasarkan dokumen sokongan Apple, iOS 26.6.1 dan iPadOS 26.6.1 membawa pembaikan keselamatan yang sebelum ini telah tersedia dalam versi beta iOS 27 dan iPadOS 27.

Apple menyenaraikan lebih 20 kelemahan keselamatan yang diperbaiki melalui kemas kini ini, dengan sebahagian besarnya melibatkan WebKit, iaitu komponen yang digunakan untuk memaparkan kandungan web pada iPhone.

Selain WebKit, Apple turut menyenaraikan kelemahan pada komponen Audio, ImageIO, IOGPUFamily, Kernel dan Telephony. Antara isu yang diperbaiki termasuk kelemahan yang boleh menyebabkan aplikasi membocorkan maklumat sensitif, kerosakan memori, aplikasi atau sistem terhenti serta pelaksanaan kod sewenang-wenangnya dalam keadaan tertentu.

iOS 26.6.1_1
iOS 26.6.1_2
iOS 26.6.1_3

Bagi komponen Telephony pula, Apple membaiki satu kelemahan yang berpotensi membolehkan penyerang dalam kedudukan rangkaian yang mempunyai keistimewaan memintas pengesahan IPSec dan trafik rangkaian.

Setakat ini, tiada bukti menunjukkan kelemahan berkenaan telah dieksploitasi secara aktif. Namun, pengguna disarankan memasang kemas kini perisian terbaharu secepat mungkin. Selepas maklumat mengenai kelemahan didedahkan kepada umum, peranti yang masih menggunakan versi perisian terdahulu berpotensi menjadi sasaran penyerang.

Pada masa yang sama, walaupun Apple hanya menyatakan pembaikan keselamatan untuk iOS 26.6.1, terdapat kemungkinan kemas kini ini turut membawa beberapa pembaikan pepijat lain yang tidak dinyatakan oleh Apple.

Pengguna boleh memasang iOS 26.6.1 secara OTA (over-the-air) melalui Settings > General > Software Update > Update Now.

Selain iOS 26.6.1, Apple turut mengeluarkan iPadOS 26.6.1, macOS Tahoe 26.6.2 dan visionOS 26.6.1. Untuk iPhone yang tidak menyokong iOS 26, Apple menyediakan kemas kini iOS 18.7.10.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • WhatsApp Dilapor Bangunkan Storan Sandaran Sendiri Untuk iOS, Jadi Alternatif iCloud
  • iOS 27 Beta Awam Kini Tersedia
  • iOS 26.6 Kini Tersedia, Bawa Lebih 75 Tampalan Keselamatan Untuk iPhone

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY