Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS 27 Public Beta_

iOS 27 Beta Awam Kini Tersedia

Diterbitkan Julai 14, 2026 ยท Dikemas kini Julai 14, 2026 oleh Amalina Athman

Apple hari ini melancarkan beta awam pertama iOS 27, membolehkan pengguna iPhone yang serasi mencuba perisian baharu ini lebih awal sebelum pelancaran rasmi.

Melalui program beta awam Apple, pengguna kini boleh memuat turun dan menguji ciri baharu yang diperkenalkan dalam kemas kini tersebut tanpa memerlukan akaun pembangun.

Sebelum itu, perlu diketahui bahawa versi beta mungkin mempunyai pepijat, menyebabkan jangka hayat bateri berkurang atau menghadapi masalah keserasian dengan aplikasi pihak ketiga. Apple juga menyarankan pemasangan perisian beta dilakukan pada peranti kedua. Jika menggunakan iPhone utama, pastikan sandaran terkini telah dibuat terlebih dahulu.

Dari segi sokongan peranti, iOS 27 boleh dipasang pada semua model iPhone yang menyokong iOS 26, termasuk siri iPhone 11 dan lebih baharu serta iPhone SE generasi kedua dan selepasnya.

Namun, tidak semua ciri berasaskan AI tersedia pada semua model iPhone. Apple Intelligence hanya menyokong iPhone 15 Pro dan model lebih baharu. Beberapa ciri AI yang lebih canggih pula memerlukan peranti dengan cip dan kapasiti memori yang lebih tinggi, seperti iPhone 17 Pro, iPhone 17 Pro Max dan iPhone Air.

Public betas are live! ๐Ÿš€

More responsive, reliable, and delightful. Tap into the all-new Siri AI, transform your images with new Clean Up and Extend tools in Photos, and so much more. pic.twitter.com/SQLfILRUKb

— Greg Joswiak (@gregjoz) July 13, 2026

Pengguna yang mahu mencuba iOS 27 Beta Awam boleh menyertainya secara percuma melalui Apple Beta Software Program tanpa memerlukan akaun pembangun. Selepas mendaftar menggunakan Apple Account yang sama pada iPhone, pengguna hanya perlu membuka tetapan peranti dan pergi ke General > Software Update > Beta Updates dan memilih iOS 27 Public Beta.

Dengan kehadiran beta awam ini, lebih ramai pengguna kini boleh mencuba ciri baharu iOS 27 lebih awal. Namun, versi ini masih dalam fasa pembangunan dan pengalaman penggunaan mungkin belum stabil sepenuhnya seperti versi rasmi.

Berkaitan

  • Rasmi, Ini Senarai Penuh iPhone Terima Sokongan iOS 27
  • Apple Perkenal macOS Golden Gate
  • Siri Kini Ada Aplikasi Sendiri, Apple Turut Bawa Mod Siri Dalam Kamera iPhone
  • Aplikasi Photos Terima Tiga Ciri Suntingan Baharu Dalam iOS 27
  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY