Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Instagram featured

Instagram Perkenal ‘First Draft’ Untuk Mudahkan Suntingan Awal Reels

Diterbitkan Ogos 26, 2026 · Dikemas kini Ogos 26, 2026 oleh Amalina Athman

Instagram kini memperkenalkan First Draft, ciri baharu yang direka untuk memudahkan proses menghasilkan Reel, khususnya pada peringkat awal suntingan.

Dengan ciri ini, pengguna hanya perlu memilih klip dan klik butang “First Draft” untuk mendapatkan draf awal Reel dalam beberapa saat. Ia akan memendekkan klip video dan membuang bahagian yang senyap, terutama dalam video yang mempunyai percakapan.

Menurut Instagram, First Draft hanya menghasilkan draf awal untuk dijadikan sebagai titik permulaan. Pengguna masih boleh menyusun semula, membuang atau melaraskan klip sebelum meneruskan suntingan dalam editor penuh.

Instagram First Draft

Bagi video yang mempunyai percakapan, First Draft boleh mengenal pasti bahagian yang senyap dan memendekkannya supaya percakapan kedengaran lebih lancar tanpa terlalu banyak ruang kosong.

Walaupun prosesnya kelihatan seperti suntingan berasaskan AI, Instagram mengesahkan kepada The Verge bahawa First Draft tidak menggunakan AI. Ini berbeza dengan Quick Cut daripada Adobe yang menggunakan AI untuk menggabungkan klip berdasarkan arahan pengguna.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/08/26105931/threadsdownloader.com_4dd462.mp4

First Draft kini mula dilancarkan pada aplikasi Instagram untuk iOS. Pengguna boleh mengaksesnya melalui kamera Instagram selepas merakam video atau melalui galeri Reels selepas memilih lebih daripada satu klip.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Shopee Integrasi Program Affiliate Dengan Instagram
  • Pengguna Instagram Kini Boleh Tukar Lagu Pada Siaran Lama Tanpa Muat Naik Semula
  • Instagram Perkenal Wordmark Baharu, Ikon Aplikasi Kekal Sama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY