Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Shopee Affiliates_

Shopee Integrasi Program Affiliate Dengan Instagram

Diterbitkan Julai 6, 2026 · Dikemas kini Julai 6, 2026 oleh Amalina Athman

Shopee dan Meta mengumumkan pelancaran Instagram Affiliate Partnerships di beberapa pasaran, termasuk Malaysia.

Menerusi inisiatif ini, pencipta kandungan yang layak kini boleh memautkan akaun Shopee Affiliate ke akaun profesional Instagram bagi mempromosikan produk melalui Reels dan Feed, sekali gus menjana komisen daripada pembelian yang layak di Shopee.

Shopee Instagram Affiliates_

Pelancaran ini merupakan lanjutan daripada kerjasama Facebook Affiliate Partnerships yang diperkenalkan pada 2025. Menurut Shopee, sehingga Mac 2026, lebih lima juta pencipta kandungan di seluruh dunia telah memautkan akaun Facebook mereka dengan Shopee Affiliate, dengan hampir separuh daripadanya merupakan peserta baharu program berkenaan.

Produk boleh dipaparkan terus dalam kandungan Instagram

Dengan Instagram Affiliate Partnerships, pencipta kandungan boleh memilih beberapa produk Shopee untuk dipaparkan dalam satu kandungan Reels atau Feed. Produk tersebut akan disertakan ikon beli-belah dan label “commission eligible”.

Shopee Affiliates_01

 

Shopee berkata pendekatan ini bertujuan memudahkan peralihan daripada penemuan produk di Instagram kepada proses pembelian di Shopee, selain membuka lebih banyak peluang kepada penjual dan jenama untuk menjangkau pengguna melalui kandungan yang dihasilkan oleh pencipta kandungan.

Shopee dan Meta turut uji Affiliate Ads

Selain integrasi baharu itu, Shopee dan Meta turut menguji Affiliate Ads secara berperingkat di beberapa pasaran Asia Tenggara. Menerusi ciri ini, penjual dan jenama boleh, dengan persetujuan pencipta kandungan, mempromosikan kandungan affiliate terpilih sebagai iklan berbayar yang akan dipaparkan kepada audiens berkaitan melalui sistem pengiklanan Meta.

Menurut Meta, langkah tersebut memberi lebih banyak peluang kepada pencipta kandungan untuk menjana pendapatan daripada kandungan yang dihasilkan, di samping membantu perniagaan menjangkau pelanggan baharu melalui kandungan yang telah mendapat sambutan.

Shopee turut memaklumkan bahawa proses memautkan akaun serta data aktiviti affiliate diproses mengikut undang-undang perlindungan data yang berkuat kuasa, manakala pencipta kandungan kekal mempunyai kawalan terhadap akaun yang dipautkan.

Ketersediaan

Instagram Affiliate Partnerships bersama Shopee kini tersedia kepada pencipta kandungan yang layak di Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam, Filipina, Taiwan dan Brazil.

Untuk maklumat lanjut, layari  shopee/instagramaffiliatepartnership atau halaman bantuan Instagram.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Shopee Sekali Lagi Naikkan Yuran Komisen Marketplace, Mall - Berkuat Kuasa 21 Mei 2026
  • Pengguna Kini Boleh Cari Produk Di Shopee Terus Melalui ChatGPT
  • “Klik Tanpa Risau” – Shopee Dan PDRM Bangunkan Laman Khas Didik Pengguna Kesan Taktik Penipuan E-Dagang
  • Meta Guna Semula DDR4 Lama Di Pelayan DDR5 Dengan Cip Tersendiri

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY