Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Instagram Perkenal Wordmark Baharu, Ikon Aplikasi Kekal Sama

Posted on Ogos 14, 2026

Instagram memperkenalkan reka bentuk baharu untuk wordmark atau logo tulisan jenamanya, menggantikan reka bentuk yang telah digunakan selama hampir sedekad.

Perubahan tersebut melibatkan tulisan “Instagram” yang biasanya kelihatan di bahagian atas aplikasi. Bagaimanapun, ikon aplikasi Instagram dengan reka bentuk kamera dan warna gradien yang dikenali ramai tidak berubah.

Ketua Instagram, Adam Mosseri berkata wordmark berkenaan tidak pernah berubah sejak sekitar 10 tahun lalu dan sudah tiba masanya untuk ia diberikan pembaharuan.

Menurutnya, reka bentuk baharu itu tampil lebih bersih dan moden, tetapi masih mengekalkan beberapa elemen daripada identiti asal Instagram serta pendekatan ringkas yang menjadi sebahagian daripada jenama tersebut.

Berbanding tulisan kursif sepenuhnya yang digunakan sebelum ini, wordmark baharu menggabungkan elemen tulisan kursif dengan bentuk huruf yang lebih menyerupai tulisan bercetak.

Namun, perubahan tersebut menerima reaksi bercampur daripada pengguna di media sosial. Sebahagian pengguna berpendapat reka bentuk baharu itu lebih sukar dibaca berbanding versi sebelumnya.

Malah, terdapat pengguna yang berseloroh bahawa perkataan tersebut kelihatan seperti “Instagzam” dan bukannya “Instagram” disebabkan bentuk beberapa huruf pada wordmark baharu berkenaan.

Mosseri sendiri turut berkongsi reka bentuk tersebut di Threads bagi melihat reaksi dan pandangan pengguna terhadap perubahan berkenaan.

Instagram juga memperlihatkan beberapa reka bentuk dan jenis tulisan lain yang telah dipertimbangkan oleh pasukan reka bentuknya sebelum memilih wordmark yang digunakan sekarang.

Ini merupakan antara perubahan terbesar pada identiti visual Instagram dalam tempoh hampir 10 tahun.

Kali terakhir platform milik Meta itu melakukan perubahan besar terhadap penampilannya adalah pada 2016 apabila ia memperkenalkan ikon aplikasi berwarna gradien bersama identiti visual yang lebih moden.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress