Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Insta360 X6 Malaysia_1

Insta360 X6 Kini Rasmi – Rakaman Video 360 8K50fps, Harga Bermula RM2,899

Diterbitkan Ogos 12, 2026 · Dikemas kini Ogos 12, 2026 oleh Amalina Athman

Insta360 hari ini mengumumkan X6, kamera 360 flagship terbaharunya yang hadir dengan rakaman sehingga 8K50fps.

X6 dilengkapi skrin OLED 2.32-inci dengan kecerahan puncak 1200 nits. Bateri Xtreme 2600mAh pula mampu merakam video 360 8K30fps sehingga 140 minit, iaitu 51% lebih lama berbanding X5. Ia menyokong pengecasan sehingga 80% dalam masa 24 minit dan boleh digunakan pada suhu serendah -20°C.

X6 – Black – 6
X6 – Black – 5
X6 – Black – 4

Kamera aksi 360 ini membawa peningkatan pada bahagian pengimejan menerusi dua sensor Sony 1/1.1 inci berbentuk segi empat sama yang menghasilkan pengimejan 360 setara 1 inci penuh, dengan kawasan sensor 33% lebih besar berbanding X5 dan kira-kira empat kali ganda kemasukan cahaya bagi setiap bingkai.

Keupayaan tersebut dipadankan dengan sistem tiga cip AI yang terdiri daripada satu pemproses 8-teras 3.3GHz 4nm bersama dua cip pengimejan khusus. Menurut Insta360, sistem ini menawarkan kuasa pengkomputeran 500% lebih tinggi berbanding X5, serta kelajuan 106% lebih pantas dan penggunaan kuasa 35% lebih rendah.

Untuk rakaman dalam keadaan kurang cahaya, X6 hadir dengan mod cahaya rendah baharu serta dua sensor cahaya ambien bagi mengurangkan masalah kelipan (flicker), manakala AdaptiveTone 2.0 membantu menghasilkan julat dinamik yang lebih luas. X6 juga menjadi kamera 360 pertama yang menawarkan Dolby Vision secara natif serta menyokong rakaman 10-bit dengan lebih 1.07 bilion warna.

Insta360 X6 Kini Rasmi – Rakaman Video 360 8K50fps, Harga Bermula RM2,899
Insta360 X6 Kini Rasmi – Rakaman Video 360 8K50fps, Harga Bermula RM2,899
Insta360 X6 Kini Rasmi – Rakaman Video 360 8K50fps, Harga Bermula RM2,899

Bagi rakaman 360, X6 boleh merakam sehingga 8K50fps. Ia turut dilengkapi InstaFrame 2.0 yang boleh menjejaki manusia, haiwan peliharaan dan objek serta menghasilkan video flat 4K secara terus daripada kamera.

Dalam mod satu lensa pula, X6 menyokong rakaman sehingga 5K60fps, sudut lebar sehingga 170° (5K30fps) serta 4K120fps untuk gerak perlahan (slow motion).

Insta360 menyediakan lebih 100 aksesori untuk X6, termasuk aksesori bagi aktiviti motosikal, berbasikal, menyelam dan rakaman dalam kenderaan.

X6 Black MTC 1
X6 Diving 2
X6 Road Trip Black 1

Antara aksesori yang ditawarkan X6 Power Selfie Stick untuk tambahan masa operasi selama 180 minit, Foldable Selfie Stick Remote Kit, Bullet Time Selfie Stick 2.0 serta Fast Charge Case dengan dua bateri dan dua slot SD.

X6 White Outdoor 3

Dari segi sambungan, X6 dilengkapi Bluetooth 5.3, Wi-Fi 6.0 dengan kelajuan pemindahan fail sehingga 100MB/s dan USB 3.0 sehingga 450MB. Kamera ini turut menyokong sambungan dua pemancar Insta360 Mic Air atau Mic Pro secara serentak.

Selain itu, X6 hadir dengan Replaceable Lens 2.0 yang lima kali lebih tahan calar dan 60% lebih murah untuk diganti berbanding generasi sebelumnya, serta mempunyai penarafan IP68 untuk ketahanan air sehingga 20 meter tanpa sarung, atau 60 meter dengan Invisible Dive Case Pro. Ia turut menyediakan 47GB storan terbina yang boleh digunakan tanpa kad SD.

X6 Black Outdoor 10

Perkhidmatan Insta360+ Cloud menawarkan storan sehingga 2TB, dengan sandaran (backup) boleh dilakukan ketika kamera sedang dicas dan pengguna boleh memilih fail yang mahu dimuat naik.

Fail yang disimpan pada perkhidmatan awan boleh digunakan dalam Moments Pro, alat penyuntingan berasaskan cloud Insta360 yang dibangunkan dengan Google Gemini. Pengguna boleh menetapkan subjek, gaya dan tempoh video untuk menghasilkan kandungan secara automatik.

Harga dan ketersediaan

Di Malaysia, Insta360 X6 dijual pada harga RM2,899 untuk Standard Bundle dan RM3,249 untuk Essential Bundle.

Bagi pembelian dan pengaktifan X6 sebelum 30 September 2026, pengguna akan menerima satu tahun Insta360+ Premium dengan storan 500GB serta tiga bulan Moments Pro yang menawarkan dua klip sebulan, tanpa kos tambahan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Insta360.

Berkaitan

  • Kamera Aksi Insta360 X5 Dilancar Dengan Lensa Boleh Tukar
  • Insta360 X5 Diterbangkan Ke Stratosfera Untuk Ujian Paling Ekstrem
  • Insta360 Lancar Mic Pro - Dilengkapi Paparan E-Ink, Harga Bermula RM809
  • Insta360 Luna Ultra Kini Rasmi - Dwi-Lensa Leica, Harga Bermula RM2,999
  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY