Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Insta360 X5

Kamera Aksi Insta360 X5 Dilancar Dengan Lensa Boleh Tukar

Diterbitkan April 23, 2025 · Dikemas kini April 23, 2025 oleh ariff bukhari

Kamera 360° terlaris dunia, Insta360 telah melancarkan kamera aksi terbaharunya, Insta360 X5, yang menetapkan penanda aras baharu dalam dunia kamera 360°.

Pengasas Insta360, JK Liu menyatakan bahawa,

“X5 menyelesaikan cabaran sebenar para pencipta kandungan – dari lensa boleh tukar, rakaman AI dalam cahaya rendah, hingga ke perkongsian.”

Kamera ini menerima naik taraf dengan kapasiti bateri lebih besar iaitu 2,400mAh dna menyokong pengecasan pantas yang boleh di cas sehingga 80% dalam masa 20 minit.

Antara ciri-ciri utama Insta360 X5 adalah seperti:

  • Sensor besar 1/1.28″ dan sistem Triple AI Chip memberikan kualiti imej menakjubkan sehingga rakaman 360° 8K pada 30fps.
  • Mod PureVideo yang dikuasakan AI membolehkan rakaman jelas dalam keadaan cahaya rendah.
  • Reka bentuk tahan lasak dengan kaca lensa ultra-kuat, sistem lensa boleh ganti, bateri tahan sehingga 3 jam, dan kalis air hingga 49 kaki.
  • Mod InstaFrame membolehkan rakaman serentak video auto-framed dan 360° untuk suntingan lanjut.
  • Aplikasi Insta360 yang diperbaharui dengan alat suntingan lebih mesra pengguna dan sambungan ke Insta360+ Cloud untuk suntingan dan perkongsian segera.

Harga bermula dari RM2,499, Insta360 X5 tersedia mulai di Insta360 Official Store, Amazon, pengedar sah serta stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.me/clmnypw
  • Lazada – https://invl.me/clmnyq2

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Telefon Pertama Dengan Bau Wangi? Infinix NOTE 50X & 50S 5G Kini Di Malaysia
  • vivo X200 Ultra Rasmi Dengan Dua Cip Fokus Fotografi

Sumber:  Insta360 Store

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY