Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hotlink Travel SIM_

Hotlink Perkenal ‘Travel SIM’ – Internet 5G Tanpa Had Di 4 Negara, Harga Serendah RM35

Diterbitkan Jun 23, 2025 · Dikemas kini Jun 23, 2025 oleh Amalina Athman

Hotlink kini memperkenalkan pek Travel SIM baharu yang menawarkan internet 5G tanpa had di seluruh Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia.

Terdapat dua pilihan yang tersedia, iaitu RM35 untuk tempoh sah 15 hari dan RM60 untuk 30 hari.

Kedua-dua pelan ini hadir dengan internet tanpa had berkelajuan 12Mbps di keempat-empat negara, dengan 100GB FUP. Ia turut menyertakan panggilan tanpa had dalam Malaysia.

Hotlink Travel SIM_2

Selepas pas data tamat tempoh, pengguna akan menikmati tempoh tangguh selama 15 hari yang turut dikenali sebagai tempoh tidak aktif. Untuk terus menggunakan perkhidmatan, pengguna boleh menambah nilai dengan pelbagai pilihan pas Hotlink seperti RM45, RM25, RM12 atau RM4.

Selain itu, pengguna juga boleh membeli Pas Perayauan tambahan melalui aplikasi Hotlink.

Travel SIM ini kini boleh didapati di Pusat Maxis di Terminal 1 & 2 KLIA, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, serta beberapa hab pelancongan terpilih.

Untuk butiran lanjut, layari laman rasmi Hotlink.

Berkaitan

  • Cara Dapatkan eSIM Hotlink Prepaid Baharu Serta-Merta, Hanya Guna Aplikasi
  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Hotlink Perkenal Pelan Prabayar Internet Tanpa Had - Pas Bulanan Serendah RM25
  • Maxis Home Solar Kini Tersedia Di Seluruh Semenanjung — Jimat Bil Elektrik Hingga 25%

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • WhatsApp Uji Ciri 'View Once' Untuk Mesej Teks, Sebilangan Pengguna Kini Mula Menerimanya
  • Harman Kardon Lancar 2 Model Pembesar Suara Baharu, Harga Dari RM1,099
  • Kajian: 83% Rakyat Malaysia Berdepan Scam Dalam Setahun, 14% Alami Kerugian Wang
  • Acer Malaysia Lancar Penapis Udara Mesra Haiwan Peliharaan Dan Kipas Pintar
  • The Transformers: The Movie Akan Ditayangkan Secara Percuma Di YouTube 27 Nov Ini
  • Nothing Dedah Rupa Peranti AI Baharu Yang Bakal Dilancar Disember Ini
  • Kenali Rencana, Aplikasi Pelajar IPT Untuk Urus Jadual, 'Assignment' Dan Ulang Kaji
  • iQOO 16 Dengan Cip Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 8 Disember Ini
©2026 WISER.MY