Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Dapatkan eSIM Hotlink Prepaid Baharu Serta-Merta, Hanya Guna Aplikasi

Cara Dapatkan eSIM Hotlink Prepaid Baharu Serta-Merta, Hanya Guna Aplikasi

Diterbitkan November 23, 2024 · Dikemas kini November 24, 2024 oleh Amalina Athman

Seperti dilaporkan sebelum ini, pengguna pascabayar dan prabayar Hotlink sudah pun boleh menukar kad SIM fizikal kepada eSIM.

Secara ringkasnya, pengguna pascabayar boleh menukar kepada eSIM dengan mudah melalui aplikasi Hotlink, manakala pengguna prabayar perlu melakukannya di Kedai Maxis berdekatan.

Walaupun begitu, pengguna baharu Hotlink Prepaid boleh mendapatkan eSIM dengan serta-merta melalui aplikasi Hotlink. Untuk mengetahui caranya, teruskan bacaan lanjut.

Cara dapatkan eSIM Hotlink Prepaid baharu

Sebelum itu, muat turun aplikasi Hotlink melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery. Kemudian, ikut langkah di bawah.

  1. Buka aplikasi Hotlink dan pilih “Get New Prepaid eSIM”.
  2. Apabila disahkan peranti menyokong eSIM, klik “Continue”. Pastikan guna peranti yang ingin dipasang eSIM.
  3. Untuk pengaktifan talian baharu pek SIM Hotlink Prepaid, RM5 akan dikenakan. Tekan “Continue”.
  4. Untuk mengesahkan identiti, pilih “MyKad” sekiranya warganegara.
  5. Tandakan pada persetujuan dan klik “Let’s Start” untuk mengimbas kad pengenalan.
  6. Setelah selesai proses pengesahan, tekan “Proceed”.
  7. Pilih nombor telefon sama ada melalui pilihan yang tersedia atau carian 4 digit terakhir.
  8. Setelah itu, klik “Select This Number”.
  9. Klik “Fill in Email” atau tekan “Edit” pada bahagian “Personal Details” untuk memasukkan e-mel. Kemudian, tekan Confirm > Continue.
  10. Sekali lagi masukkan e-mel untuk tujuan pengebilan dan tekan “Save”.
  11. Buat pembayaran sebanyak RM5. Selesai pendaftaran talian baharu.
Hotlink eSIM_1
Hotlink eSIM_2
Hotlink eSIM_3

Tetapan eSIM pada peranti

Perlu diingatkan bahawa langkah pengaktifan eSIM mungkin berbeza mengikut peranti dan sistem operasi yang digunakan – seperti iOS dan Android.

Berikut adalah tetapan eSIM menggunakan iPhone. Sebelum itu, perlu juga diketahui semua model iPhone yang menyokong eSIM boleh menggunakan 2 eSIM atau 1 eSIM+ 1 kad SIM fizikal pada masa yang sama. Untuk Android, sokongannya mungkin berbeza.

  1. Kembali ke aplikasi Hotlink dan tekan “Setup eSIM”.
  2. Klik “Download & Install eSIM”.
  3. Tekan “Allow” pada paparan “Activate New eSIM”.
  4. Tekan “Continue”.
  5. Tetapan pelan mudah alih selesai, tekan “Done”.
  6. Labelkan pelan mudah alih dan tekan “Continue”.
  7. Sekiranya menggunakan dua SIM, tetapkan talian dan data mudah alih default, serta lain-lain. Akhir sekali, tekan “Done”.
Hotlink active eSIM_1
Hotlink active eSIM_2
Hotlink active eSIM_3

Selesai. Pengguna kini boleh log masuk di aplikasi Hotlink dengan menggunakan nombor baharu tersebut.

Berkaitan

  • Hotlink Gandakan Kelajuan, Tambah Data Untuk Pas Prabayar Bulanan
  • Pelanggan Pascabayar Maxis, Hotlink Akan Terima Naik Taraf Kuota Data
  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda
  • Pengguna Hotlink Kini Boleh Tukar SIM Fizikal Kepada eSIM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY