Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
hotlink pasti mampu_1

Hotlink Perkenal Pelan Prabayar Internet Tanpa Had – Pas Bulanan Serendah RM25

Diterbitkan Mac 13, 2025 · Dikemas kini Mac 14, 2025 oleh Amalina Athman

Hotlink kini memperkenalkan pelan prabayar Pasti Mampu dengan Internet tanpa had. Dengan pelan ini, terdapat beberapa pilihan pas bulanan, mingguan dan harian.

Bagi pas bulanan RM55, ia menyediakan data tanpa had dengan kelajuan tanpa batas sepanjang hari, disertakan dengan had Polisi Penggunaan Saksama (FUP) sebanyak 200GB, kuota hotspot dan panggilan tanpa had.

Selain itu, pas RM40/bulan menawarkan Internet tanpa had pada kelajuan 12Mbps dengan FUP 200GB, manakala pas RM25/bulan hadir dengan kelajuan 6Mbps dan FUP 40GB.

hotlink pasti mampu_2

Pilihan lain termasuk pas RM12/minggu dan RM4/harian, yang masing-masing menawarkan Internet tanpa had pada kelajuan 6Mbps, dengan FUP 20GB untuk pas mingguan dan 6GB bagi pas harian.

Hotlink Perkenal Pelan Prabayar Internet Tanpa Had – Pas Bulanan Serendah RM25
Hotlink Perkenal Pelan Prabayar Internet Tanpa Had – Pas Bulanan Serendah RM25

Semua pas bulanan (kecuali RM55/bulan), mingguan dan harian turut menawarkan kelajuan tanpa batas dari 8.00 malam hingga 8.00 pagi, serta panggilan dan hotspot tanpa had.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Hotlink.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Hotlink Gandakan Kelajuan, Tambah Data Untuk Pas Prabayar Bulanan
  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • Pengguna Hotlink Kini Boleh Tukar SIM Fizikal Kepada eSIM
  • Cara Dapatkan eSIM Hotlink Prepaid Baharu Serta-Merta, Hanya Guna Aplikasi

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY