Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR Magic V3 Unveil at IFA 2024

HONOR Magic V3 Bakal Dilancarkan Pada IFA 2024 Berlin September Depan

Diterbitkan Ogos 19, 2024 oleh Amsyar Latif

Siri HONOR Magic V3 telah pun dilancarkan bulan lalu di China. Ia dikatakan telefon lipat paling nipis di dunia buat masa sekarang. Kemudian, peranti tersebut dikhabarkan bakal diperkenalkan untuk pasaran global September depan.

Nampaknya, khabar itu adalah benar di mana HONOR kini mengesahkan yang Magic V3 bakal dilancarkan secara rasmi pada IFA 2024 di Berlin, Jerman pada 5 September 2024.

Telefon itu akan meletakkan penanda aras baharu dalam peranti boleh lipat kerana Magic V3 jauh lebih ringan dan nipis berbanding Magic V2.

Siri HONOR Magic V3 Rasmi Di China, Lebih Nipis Dari V2
HONOR Magic V3

Beratnya hanya 226g dan setebal 9.2mm serta 4.35mm apabila lipatan dibuka. Imbas kembali spesifikasi lain, ia dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 3, kamera utama 50MP, 40MP ultra lebar, periskop 50MP dan swafoto 20MP.

Sekiranya anda ingin mengetahuinya lebih lanjut nanti, pelancaran tersebut akan distrimkan secara langsung di laman rasmi Facebook HONOR Malaysia pada 5 September 2024, jam 8 malam waktu tempatan.

Berkaitan

  • Siri HONOR Magic V3 Rasmi Di China, Lebih Nipis Dari V2
  • HONOR MagicBook Art 14 2024 Dilancar, Komputer Riba Nipis Dengan Skrin OLED
  • Tak Ada Boleh Lawan, Telefon Ni Paling Kuat Tarik Line
  • Siri HONOR 200 Kini Terima Ciri Suntingan AI Baharu
  • Kena Cepat, Anda Boleh Jimat Sehingga RM800 Kalau Beli Siri iPhone 15 Di Kedai Ini

Sumber: Siaran media HONOR

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY