Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-07-22T123241.480

HONOR Magic V3 Untuk Pasaran Global Dilapor Bakal Dilancar September Ini

Diterbitkan Julai 22, 2024 oleh Muhd Idham

Sebelum ini, HONOR telah pun melancarkan siri HONOR Magic V3 yang terdiri daripada dua model iaitu V3 dan Vs3. Siri terbaru ini juga merupakan keluaran yang lebih ringan dan nipis berbanding HONOR Magic V2.

Dan kini, ia dilapor oleh seorang pembocor maklumat, @rquandt yang menyatakan di platform X beliau mengenai siri HONOR Magic V3 ini akan dilancarkan secara global dalam acara IFA 2024 di Berlin, Jerman pada 5 September 2024.

https://x.com/rquandt/status/1813728000376275434

Menurutnya, gambar yang disiarkan oleh beliau diberikan oleh pihak HONOR sendiri.

Kita mungkin akan dapat tahu sama ada siri peranti ini akan tiba di Malaysia ataupun tidak selepas acara pelancaran tersebut.

Bagi yang masih belum arif dengan spesifikasi siri Magic V3, model standard hadir dengan Snapdragon 8 Gen 3 (3.3GHz) dan sokongan GPU Adreno 750 manakala model Vs3 menggunakan Snapdragon 8 Gen 2 (3.19GHz) dan GPU Adreno 740.

Kedua-dua model dilengkapi dengan jenis skrin OLED fleksibel dan HONOR Magic V3 tampil dengan ketebalan 9.2mm apabila dilipat dan 4.35mm apabila dibuka.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Smart TV Samsung Tersedia Melalui Pakej U Home 5G, Bermula Dari RM65/Bulan
  • Perkhidmatan Tren Penumpang Rentas Sempadan Laos-Thailand Mula Beroperasi
  • OnePlus Nord CE4 Lite 5G Kini Tersedia Pada RM1,399
  • Aplikasi Sistem Pengurusan Sukan Udara Dilancarkan

Sumber: Notebook Check

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY