Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR Magic V2

Honor Magic V2 Kini Rasmi – Telefon Lipat Paling Nipis, Berharga RM6,999

Diterbitkan Januari 16, 2024 · Dikemas kini Januari 16, 2024 oleh Amalina Athman

Honor secara rasmi kini melancarkan telefon lipat terbaharu, Magic V2 untuk pasaran Malaysia.

Berkaitan

  • HONOR X50 Pro Dilancar Dengan Cip Snapdragon 8+ Gen 1
  • HONOR Magic V2 Kini Tampil Dengan Edisi Porsche RSR

Spesifikasi

Honor Magic V2_8

Dengan ketebalan 9.9mm apabila dilipat dan 4.7mm jika dibuka lipat, Honor mengatakan Magic V2 merupakan telefon lipat paling nipis di dunia.

Magic V2 dilengkapi skrin utama berukuran 7.92-inci LTPO OLED dengan sokongan kadar segar semula 120Hz serta maksimum kecerahan 2,500 nit. Sementara panel di bahagian luar bersaiz 6.43-inci dari jenis yang sama dengan sokongan kadar segar semula sehingga 120Hz.

Honor Magic V2_4

Untuk buka dan tutup lipat, peranti ini dilengkapi engsel dari jenis titanium aloi dengan kadar anggaran lipatan sebanyak 400,000 kali.

Magic V2 dikuasakan cip pemproses Snapdragon 8 Gen 2 yang digandingkan bersama sokongan memori 16GB RAM dan 512GB storan.

Honor Magic V2_2

Dari segi kemampuan fotografi, terdapat tiga lensa yang ditempatkan pada bahagian panel belakang. Antaranya terdiri daripada 50MP utama (OIS), 50MP ultra lebar dan 20MP telefoto (OIS). Ia turut menyokong zum digital sehingga 40x. Terdapat juga dua lensa swafoto 16MP yang ditempatkan pada bahagian luar dan dalam peranti.

Honor Magic V2_3

Bagi menghidupkan peranti, Magic V2 diisi dengan bateri karbon silikon berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W. Antara lainnya, ia didatangkan dengan sokongan 5G, NFC, Bluetooth 5.3 serta menjalankan MagicOS 7.2 berasaskan Android 13.

Honor Magic V2 Kini Rasmi – Telefon Lipat Paling Nipis, Berharga RM6,999
Honor Magic V2 Kini Rasmi – Telefon Lipat Paling Nipis, Berharga RM6,999
Honor Magic V2 Kini Rasmi – Telefon Lipat Paling Nipis, Berharga RM6,999

Honor Magic V2 tersedia dengan pilihan warna Purple, Black, Black PU.

Harga dan ketersediaan

Honor Magic V2_5

Untuk pasaran Malaysia, Honor Magic V2 dijual pada harga RM6,999. Prapesan dibuka bermula 16 hingga 24 Januari 2024, dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM3,247.

12JanMalay Pre Order End Frame-02

Telefon boleh lipat ini boleh dibeli di kedai seluruh negara mulai 25 Januari 2024. Honor turut menawarkan perlindungan skrin selama 365 hari, iaitu penggantian skrin percuma dalam tempoh 180 hari dan 50% diskaun dalam tempoh 365 hari.

  • Beli produk Honor di Shopee: https://invl.io/clklapg
  • Beli produk Honor di Lazada: https://invol.co/clklape

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY