Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
George Zhao holding HONOR MagicBook Art 14

HONOR MagicBook Art 14 2024 Dilancar, Komputer Riba Nipis Dengan Skrin OLED

Diterbitkan Julai 12, 2024 · Dikemas kini Julai 12, 2024 oleh Amsyar Latif

Selain daripada HONOR Magic V3, HONOR turut melancarkan komputer riba baharu mereka, iaitu HONOR MagicBook Art 14.

Slim & Lightweight

Komputer riba ini dipasarkan sebagai ringan dan nipis di mana ia hadir dengan berat 1.03kg dengan ketebalan 12.95mm.

Turut menampilkan skrin OLED 14.6 inci bernisbah 3:2, beresolusi 3.1k dan kecerahan 700 nit. Selain itu, bezel skrinnya juga nipis dan paparan meliputi 97% (nisbah skrin ke badan). Malah, buat pertama kalinya mereka juga menampilkan paparan PWM 4320Hz yang mana sesuai untuk mata melihatnya.

3.1k OLED Display

HONOR MagicBook Art 14 menawarkan pilihan Intel Core Ultra 5 125H atau Core Ultra 7 155H bersama padanan grafik Intel Arc. Di dalamnya lagi didatangkan storan 1TB SSD dan juga menyokong memori LPDDR5X RAM.

HONOR MagicBook Art 14 – Colors

Terdapat enam pembesar suara untuk audio yang juga ada audio reruang (spatial audio) dan DTS. Bateri adalah sebesar 60Wh yang mana dikatakan boleh dicas dalam masa 95 minit.

HONOR MagicBook Art 14 2024 Dilancar, Komputer Riba Nipis Dengan Skrin OLED

Lain-lain spesifikasi termasuk 2x port USB-C (1x Thunderbolt 4), 1x USB-A, 1x HDMI, 3.5mm bicu audio, pengimbas cap jari, NFC, Wi-Fi 6, Bluetooth 5.3 dan ciri-ciri AI.

HONOR MagicBook Art 14 ditawarkan dalam dua pilihan warna, Sunrise Impression dan Summer Olives. Ia dijual pada tanda harga bermula CNY7,799 (~RM5,020) untuk cip Intel Core Ultra 5 dengan 16GB RAM.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Siri HONOR Magic V3 Rasmi Di China, Lebih Nipis Dari V2

Sumber: HONOR

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY