Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-07-12T175954.668

Siri HONOR Magic V3 Rasmi Di China, Lebih Nipis Dari V2

Diterbitkan Julai 12, 2024 · Dikemas kini Julai 12, 2024 oleh Muhd Idham

Hari ini, HONOR telah merasmikan telefon boleh lipat mereka yang terbaru iaitu siri HONOR Magic V3 yang mana lebih ringan daripada model sebelumnya, HONOR Magic V2.

Siri HONOR Magic V3 Rasmi Di China, Lebih Nipis Dari V2
HONOR Magic V3
Siri HONOR Magic V3 Rasmi Di China, Lebih Nipis Dari V2
HONOR Magic Vs3

Seperti yang anda lihat di atas, siri terbaru ini terdiri daripada dua jenis model, standard dan Vs3. Namun, perbezaan antara dua peranti ini boleh dilihat pada beberapa sudut spesifikasi sahaja.

Model V3 hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 (3.3GHz) dan sokongan GPU Adreno 750 manakala Vs3 dikuasakan dengan Snapdragon 8 Gen 2 (3.19GHz) dan GPU Adreno 740.

Kedua-duanya menjalankan MagicOS 8.0.1 berasaskan Android 14.

Untuk skrin, ia hadir dengan jenis OLED (2376 x 1060) 6.43 inci untuk skrin luaran dan OLED fleksibel boleh lipat (2344 x 2156) 7.92 inci untuk skrin dalaman.

Dari sudut kamera pula, model V3 lengkap dengan kamera utama 50MP (f/1.6), ultra lebar 40MP (f/2.2), periskop telefoto 50MP (f/3.0) dan swafoto 20MP (f/2.2).

Berbeza pula untuk model Vs3, hanya di bahagian kamera periskop telefoto 8MP (f/3.4) dan swafoto 16MP (f/2.2).

Magic V3 mempunyai kapasiti bateri 5,150mAh dan Vs3 hanya 5,000mAh sahaja. Kuasa pengecasan sama sahaja untuk kedua-dua model di mana berwayar 66W dan wayarles 50W.

Ketetapan harga untuk kedua-dua model di pasaran China adalah:-

  • Honor Magic V3 (16GB+512GB) = CNY9,999 (~RM6,433)

  • Honor Magic Vs3 (16GB+512GB) = CNY7,999 (~RM5,146)

Bagi yang tertanya, ketebalan model Magic V3 apabila dilipat adalah 9.2mm dan apabila dibuka, 4.35mm.

Namun, kemasukan siri HONOR Magic V3 di pasaran Malaysia masih lagi belum diketahui.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Samsung Galaxy Watch7 Dan Watch Ultra Tak Sokong Cas Secara Wayarles Guna Telefon
  • Apple Mudahkan Anda Pindahkan Fail Google Photos Ke iCloud Photos
  • Pengecas Super V4 Tesla Akan Dibuka Di Pulau Pinang, Cas 15 minit Dapat 282 Km
  • Siri iQOO Neo9S Pro Kini Rasmi Di China, Guna Dimensity 9300+

Sumber: HONOR

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY