Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR Magic6 Pro

Tak Ada Boleh Lawan, Telefon Ni Paling Kuat Tarik Line

Diterbitkan Ogos 8, 2024 · Dikemas kini September 27, 2024 oleh Penaja

Setiap tahun kita lihat banyak telefon pintar dilancarkan. Kebiasaannya, fokus utama dalam telefon tersebut adalah seperti kemampuan cip pemprosesan, kamera yang cantik, bateri tahan lama dan trend terbaru ialah kecerdasan buatan atau AI.

Namun, ada perkara penting yang kadangkala dilupakan untuk dijadikan sebagai perkara penting dalam telefon pintar, iaitu mempunyai signal komunikasi yang baik.

Memang benar yang liputan penyedia perkhidmatan syarikat telekomunikasi di sesuatu kawasan boleh menjejaskan pengalaman penggunaan anda.

Bagaimanapun, telefon pintar juga sebenarnya memainkan peranan penting di mana peranti yang hadir dengan antena berkualiti akan menawarkan signal rangkaian yang baik. Orang kata, “kuat tarik line”.

Persoalannya, ada ke telefon yang mempunyai kesemua ciri itu? Sudah tentu ada, jadi anda perlu teruskan bacaan.

HONOR Magic6 Pro, Telefon Kuat Tarik ‘Line’

HONOR Magic6 Pro

Bila bercakap tentang telefon mana yang mampu tarik ‘line’ kuat, telefon HONOR sentiasa disebut-sebut dan rata-rata pengguna bersetuju.

Tahun ini, HONOR tampil dengan telefon berkelas andalan terbaru, iaitu HONOR Magic6 Pro. Jika dahulu, siri HONOR Magic5 didatangkan dengan cip C1 RF, Magic6 Pro dipertingkatkan lagi dengan cip C1+ RF.

HONOR C1+

Cip tersebut menggabungkan algoritma dan antena untuk menawarkan sambungan lebih baik. Dengan ini, ia boleh mengekalkan sambungan signalnya dalam situasi-situasi seperti tingkat bawah tanah, tempat letak kereta bawah tanah, LRT/MRT dan sebagainya.

Selain itu, antena yang ada pada Magic6 Pro juga adalah paling berkuasa di pasaran yang mana ia turut mampu meningkatkan prestasi Wi-Fi.

Jadi, tidak kira sama ada anda menggunakan rangkaian selular mahupun Wi-Fi, anda bakal dapat menikmati kelajuan maksimum rangkaian itu mampu berikan.

Tambahan lagi, ini yang menjadikan Magic6 Pro berbeza dengan pesaingnya kerana wujudnya cip yang khusus untuk tarik ‘line’.

Bukan itu sahaja kelebihan HONOR Magic6 Pro, ada juga ciri lain yang mampu menarik perhatian anda.

Ada Banyak Ciri AI

Tahun 2024 memang tak boleh lari dengan AI. Setiap produk akan hadir dengan kecerdasan buatan ini.

Dalam HONOR Magic6 Pro, ada beberapa ciri AI yang memang berfungsi untuk anda gunakan setiap hari serta memudahkan urusan harian.

HONOR blur private info
HONOR blur private info

Contohnya ciri AI Blur Private Info. Seperti namanya, ia akan kaburkan maklumat sensitif seperti nombor telefon, nama dan kata laluan selepas ditangkap layar (screenshot).

honor magic6 pro magic portal-1

Selain itu, ada juga ciri Magic Portal. Di sini, anda boleh seretkan (drag) gambar atau alamat lokasi ke sisi peranti untuk membuat sesuatu carian. Contohnya, lokasi di Google Maps, carian gambar atau kongsi terus di media sosial.

HONOR Smart Folder
HONOR Smart Folder

Bercakap tentang perkongsian media sosial, ada lagi ciri AI lain, iaitu Smart Folder. Fungsi ini akan membuatkan ‘shortcut’ bagi sesuatu aplikasi sekali gus memudahkan urusan. Sebagai contoh, pintasan untuk muat naik ‘stories’ atau akses kamera dari aplikasi Instagram.

Sebenarnya, ada banyak lagi fungsi AI yang terdapat dalam Magic6 Pro seperti Magic Capsule, Magic Ring dan lain-lain.

Melalui fungsi AI tersebut, kerja harian anda lebih mudah dan paling penting kesemuanya diproses dalam peranti (on-device). Maknanya, AI itu dapat digunakan dengan pantas.

Bukan 1 Inci Tapi Kamera Masih Cantik

HONOR Magic6 Pro

HONOR Magic6 Pro tidak hadir dengan sensor kamera 1 inci tetapi jangan risau kerana telefon ini mampu memberikan hasil gambar yang cantik.

Baik pada waktu siang atau kurang cahaya, hasilnya masih lagi baik. Bagi anda yang minat berswafoto, lensa hadapannya juga dapat memberikan tona kulit semula jadi.

Kami Uji Kamera HONOR Magic6 Pro, Ini Hasilnya
Kami Uji Kamera HONOR Magic6 Pro, Ini Hasilnya
Kami Uji Kamera HONOR Magic6 Pro, Ini Hasilnya
Kami Uji Kamera HONOR Magic6 Pro, Ini Hasilnya

Selain itu, peranti ini juga boleh ambil gambar pada jarak yang jauh kerana ia hadir dengan lensa telefoto periskop 180MP. Jadi, nak ambil gambar subjek jauh pun tak ada masalah.

honor magic6 pro motion sensing

Tambahan lagi, perkara menarik dalam kameranya adalah AI Motion Sensing di mana ia membolehkan gambar yang bergerak laju diambil tanpa kabur.

Bateri Besar, Tahan Lama

honor magic6 pro battery-2

Satu lagi teknologi yang dibawa HONOR pada Magic6 Pro adalah bateri karbon-silikon generasi kedua yang didatangkan bersama cip E1. Ia merupakan pemproses bagi memberikan kecekapan pada bateri.

Bateri berkapasiti 5,600mAh dengan sokongan pengecasan 80W ini juga berkeupayaan digunakan dalam suhu ekstrem serendah -20°C.

Menarik lagi, biarpun kapasiti bateri besar, telefon ini tidak tebal. Ia disebabkan teknologi HONOR yang dapat menawarkan kapasiti besar tetapi mengekalkan saiz bateri.

Skrin Cantik, Tak Sakit Mata

HONOR Magic6 Pro

Skrin yang cantik semata-mata sebenarnya tidak cukup. Paparan seluas 6.8 inci dengan panel LTPO OLED ini hadir dengan kadar segar semula adaptif 1-120Hz.

Kecerahannya juga mencapai sehingga 5000 nits HDR dan menyokong 1.07 bilion warna, HDR vivid dan Dolby Vision.

Dengan ini, visual yang dipaparkan skrin tampak cantik dan jelas untuk menikmati apa jua kandungan.

Menarik lagi, skrin cantik itu tidak menyakitkan mata atau buatkan rasa penat kerana HONOR Magic6 Pro mempunyai PWM Dimming 4320Hz yang tertinggi dalam industri. Ia secara tidak langsung dapat memelihara mata anda apabila melihat skrin.

Telefon ‘Flagship’ Android Berbaloi Tahun Ini

HONOR Magic6 Pro

Secara keseluruhan, HONOR Magic6 Pro merupakan salah satu telefon berkelas andalan (flagship) terbaik.

Ia ‘all-rounder’ di mana mempunyai rekaan yang kemas, spesifikasi berprestasi seperti dijangka, kamera yang baik, ada ciri-ciri kecerdasan buatan, bateri tahan lama, skrin cantik dan sistem pembesar suara sedap.

Selain itu, paling penting dalam kegunaan harian adalah peranti ini mempunyai teknologi dalam membantu anda untuk “tarik line” lebih kuat dan stabil.

Dengan harga RM4,499 sahaja, HONOR Magic6 Pro adalah telefon yang berbaloi untuk dibeli sekiranya anda mahukan peranti yang baik tahun ini.

Beli HONOR Magic6 Pro di:

Shopee – https://invl.io/clkvq48

Lazada – https://invol.co/clkvnoq

*Artikel ini dibawakan oleh HONOR Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY