Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HBO Max_2

HBO Max Akan Perketat Perkongsian Kata Laluan Di Seluruh Dunia Mulai Tahun Ini

Diterbitkan Februari 27, 2026 · Dikemas kini Februari 27, 2026 oleh Amalina Athman

HBO Max bakal memperluas sekatan perkongsian kata laluan di seluruh dunia, yang akan berkuat kuasa mulai tahun ini.

Menurut laporan The Wrap, perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Penstriman Global dan Permainan Warner Bros. Discovery, JB Perrette, dalam panggilan pendapatan Q4 2025.

Tahun lalu, HBO Max mula mengenakan bayaran tambahan bagi perkongsian akaun di luar isi rumah di Amerika Syarikat. Setiap akaun boleh menambah satu slot Ahli Tambahan dengan bayaran $7.99 sebulan (~RM31). Perkara sama juga dijangka diperkenalkan apabila penguatkuasaan perkongsian kata laluan diperluas ke pasaran antarabangsa.

Sebagai strategi untuk menambah bilangan pelanggan HBO Max, syarikat itu dilaporkan akan menghasilkan lebih banyak kandungan bersiri yang panjang. Perrette menyebut “The Pitt” sebagai contoh rancangan yang direka untuk berjalan selama beberapa tahun. HBO Max juga akan menayangkan 10 tahun siri Harry Potter apabila ia mula ditayangkan pada awal 2027.

Dalam pada itu, WBD turut mengumumkan syarikat tidak lagi akan melaporkan bilangan pelanggan HBO Max, satu langkah yang mencontohi tindakan Netflix.

Berkaitan

  • Max Kini Tersedia Di Malaysia, Langganan Bermula RM34.90/Bulan
  • Max Mula Kenakan Bayaran Tambahan Untuk Perkongsian Akaun
  • Sekali Lagi Tukar Identiti, Max Kembali Jadi HBO Max
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY