Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HBO Max_2

Sekali Lagi Tukar Identiti, Max Kembali Jadi HBO Max

Diterbitkan Mei 15, 2025 · Dikemas kini Mei 15, 2025 oleh Amalina Athman

Dua tahun selepas menukar nama HBO Max kepada Max, Warner Bros. Discovery (WBD) kini membuat pusingan U dengan mengembalikan platform penstriman itu kepada nama lamanya – HBO Max.

Perubahan ini dijangka berlaku musim panas ini, walaupun tarikh tepat masih belum diumumkan.

“Dengan hala tuju yang kami lalui dan momentum yang kukuh sekarang, kami yakin HBO Max lebih tepat mewakili tawaran kepada pengguna hari ini. Ia juga dengan jelas menyampaikan janji tersirat kami untuk menyampaikan kandungan yang diiktiraf sebagai unik dan, seperti kata-kata yang selalu kami gunakan di HBO — berbaloi untuk dibayar,” kata Pengerusi dan CEO WBD Casey Bloys.

Selain itu, WBD berkata mengembalikan semula jenama HBO ke dalam HBO Max akan memacu lagi perkhidmatan pada masa hadapan dan menguatkan keunikan yang boleh dijangkakan pelanggan.

Sekali Lagi Tukar Identiti, Max Kembali Jadi HBO Max

Sebagai rujukan, HBO telah melalui perjalanan yang ‘penuh liku’ untuk mencari identitinya dalam era penstriman. Bermula dengan HBO Go (2008), diikuti HBO Now (2015), HBO Max (2020), Max (2023) — dan kini kembali kepada HBO Max pada 2025.

Di beberapa negara, termasuk Malaysia, Max menggantikan perkhidmatan HBO Go ketika dilancarkan di pasaran tersebut pada akhir 2024.

Dalam pengumuman tersebut, WBD turut menekankan pertumbuhan syarikat itu dengan penambahan 22 juta pelanggan di seluruh dunia sepanjang tahun lalu, sekali gus meletakkan sasaran lebih 150 juta pelanggan menjelang 2026 pada landasan tepat.

Berkaitan

  • Max Kini Tersedia Di Malaysia, Langganan Bermula RM34.90/Bulan
  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Aplikasi Max Kini Di Astro Ultra & Ulti Box - Naik Taraf Max Ultimate Turut Tersedia
  • Max Mula Kenakan Bayaran Tambahan Untuk Perkongsian Akaun

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY