Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Disney_ Hotstar Astro_1

Harga Langganan Astro Dengan Naik Taraf Pelan Premium Disney+ Hotstar Kekal

Diterbitkan Mac 26, 2024 ยท Dikemas kini Mac 26, 2024 oleh Amalina Athman

Disney+ Hotstar baru-baru ini mengumumkan pelan Premium dan Basic baharu, dengan perubahan dari segi ciri dan kenaikan harga bagi pelan sedia ada.

Terbaharu, Astro memaklumkan semua pelanggan dengan pakej/add-on Disney+ Hotstar akan dipindahkan ke Pelan Premium, tanpa sebarang perubahan pada harga langganan semasa, bermula 24 April 2024.

Berkaitan

  • Tak Perlu Tunggu Lama, Telefon Ni Mampu Dicas Penuh 10 Minit Sahaja
  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Disney+ Hotstar Perkenal Pelan Baharu, Langganan Sedia Ada Naik Harga

Melalui FAQ, Astro menyatakan Pelan Premium Disney+ Hotstar baharu termasuk 3 penstriman serentak, maksimum 10 log masuk peranti dan kualiti video sehingga 4K Ultra HD (bergantung pada perkhidmatan internet, keupayaan peranti) serta menyokong penstriman pada telefon, tablet, komputer riba dan TV.

Disney_ Hotstar Astro_2

Menurut FAQ yang sama, pek Astro yang menawarkan Disney+ Hotstar termasuk Pek Movies (RM94.99/bulan), Movies Plus (RM129.99/bulan), Premium 1 (RM129.99/bulan), Premium 3 (RM154.99/bulan) dan Platinum (RM194.99/bulan).

Disney_ Hotstar Astro_3

Sementara pelanggan Astro yang bukan dengan mana-mana pek di atas boleh menaik taraf ke pek berkenaan untuk menikmati akses Disney+ Hotstar. Atau sebaliknya, langgan Pelan Premium Disney+ Hotstar melalui pas tambahan Astro pada harga RM54.90/3 bulan (penjimatan 30% daripada harga yang ditetapkan Disney+ Hotstar).

Sumber: Astro

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY