Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Disney+ Hotstar Perkenal Pelan Baharu, Langganan Sedia Ada Naik Harga

Posted on Mac 23, 2024Mac 23, 2024

Disney+ Hotstar memperkenalkan pelan harga yang diperbaharui untuk pengguna di Malaysia, yang mana pengguna boleh memilih Pelan Basic atau Pelan Premium bermula 24 April 2024.

{suggest}

Langganan sedia ada naik harga

Lanjutan pengumuman itu, semua pelanggan sedia ada akan beralih kepada “Pelan Premium Suku Tahunan Disney+ Hotstar” secara automatik mulai tarikh tersebut.

Akan tetapi, pelan ini bakal mengalami perubahan dari segi ciri dan kenaikan harga daripada RM54.90 kepada RM79.90/3 bulan, berkuat kuasa dari tarikh pembaharuan yang berikutnya selepas 24 April bagi setiap pelanggan.

Namun begitu, semua pelanggan sedia ada mempunyai pilihan untuk menaik taraf pelan langganan atau membatalkan langganan.

Harga langganan pelan baharu

Bermula 24 April, pengguna boleh memilih Pelan Basic dan Premium, sama ada melalui langganan bulanan atau tahunan untuk kedua-dua pelan tersebut. Langganan suku tahunan juga akan tersedia untuk Pelan Premium.

Perbezaan Pelan Basic dan Premium adalah dari segi bilangan penstriman serentak, maksimum log masuk peranti, serta kualiti video yang tersedia.

Perlu diketahui, harga di atas adalah untuk langganan baharu mulai 24 April 2024. Sekiranya telah mendaftar untuk langganan sebelum tarikh ini, pengguna hanya akan melihat perubahan harga dalam tempoh pengebilan berikutnya, iaitu pada atau selepas 24 April 2024. 

Sementara itu, Disney memaklumkan harga di platform rakan kongsi seperti Astro dan Unifi mungkin berbeza.

Sumber: Disney+ Hotstar (1,2)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress