Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Spotify Akan Berhentikan Sekitar 1,500 Pekerja

Harga Langgan Spotify Dilaporkan Bakal Naik Lagi

Diterbitkan April 4, 2024 oleh ariff bukhari

Jika anda pelanggan platform penstriman muzik Spotify, anda nampaknya akan perlu membayar lebih mahal kerana Spotify dilaporkan sedang bercadang untuk menaikkan lagi harga langganannya.

Seperti yang dilaporkan oleh Bloomberg, Spotify akan meningkatkan harganya kira-kira $1 hingga $2 sebulan di dalam lima pasaran menjelang akhir April, termasuk UK, Australia dan Pakistan.

Lewat tahun ini, ia juga akan menaikkan harga langganan di AS yang merupakan pasaran terbesarnya.

Kenaikan kadar itu pada tahun ini dilaporkan bertujuan untuk membantu membayar buku audio pada platform tersebut.

Spotify telah pun menaikkan harga Premium di Malaysia sebanyak RM1.00 pada tahun lepas menjadikan langganannya kini berharga RM15.90/bulan (individu).

Memandangkan laporan hanya menyebut 5 negara sahaja yang terkesan, jadi tidak pasti sama ada pelanggan Spotify di Malaysia juga akan turut terkesan dengan kenaikan harga tersebut.

harga langgan spotify
harga langgan spotify

Berkaitan

  • Spotify Akan Berhentikan Sekitar 1,500 Pekerja
  • Tak Perlu Tunggu Lama, Telefon Ni Mampu Dicas Penuh 10 Minit Sahaja
  • Siri Redmi Note 13, Ciri 'Flagship' Kini Ada Pada 'Midrange'
  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari

Sumber: Bloomberg

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY