Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Spotify Akan Berhentikan Sekitar 1,500 Pekerja

Spotify Akan Berhentikan Sekitar 1,500 Pekerja

Diterbitkan Disember 5, 2023 ยท Dikemas kini Disember 5, 2023 oleh Amalina Athman

Gergasi penstriman muzik Spotify kini mengesahkan bakal memberhentikan kira-kira 1,500 pekerja atau 17% daripada tenaga kerja syarikat itu.

Berkaitan

  • Kesemua Pelan Spotify Di Malaysia Naik Harga, Termasuk Untuk Pelanggan Lama

Memetik Reuters, pemberhentian pekerja untuk kali ketiga itu bertujuan untuk mengurangkan kos, setelah membuang 600 pekerja pada Januari, diikuti 200 pekerja pada Jun.

Dalam memo kepada pekerja, CEO Spotify Daniel Ek berkata syarikat itu mengupah lebih ramai pekerja pada 2020 dan 2021 disebabkan kos modal yang lebih rendah. Tahun 2022 dan 2023 lebih produktif, tetapi Spotify gagal menjadi lebih cekap, mendorong pihaknya mengambil langkah drastik.

Bagi pekerja yang terjejas, Spotify akan mula memaklumkan pada Isnin. Syarikat itu juga menyediakan pampasan kira-kira lima bulan gaji, gaji percutian, dan perlindungan penjagaan kesihatan untuk tempoh pemecatan.

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY