Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
buy now pay later_ai

Hampir 170,000 Pengguna BNPL Ada Baki Tertunggak, Jumlah Dianggap Terkawal

Diterbitkan Ogos 8, 2025 ยท Dikemas kini Ogos 8, 2025 oleh Amalina Athman

Sejumlah 168,967 pemegang akaun Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) atau 2.6% daripada keseluruhan 6.5 juta pengguna mempunyai baki tertunggak setakat 30 Jun 2025.

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata, walaupun begitu, jumlah BNPL yang tidak berbayar atau tertunggak adalah terkawal, iaitu sebanyak RM121.8 juta atau 3.2% daripada baki keseluruhan pinjaman BNPL.

Jumlah baki pinjaman BNPL dalam tempoh sama pula ialah RM3.8 bilion, meliputi 0.2% daripada jumlah keberhutangan isi rumah di Malaysia.

Katanya lagi, berdasarkan kajian Pasukan Petugas Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna 2024 melibatkan 21,000 pemegang akaun aktif, pengguna BNPL pada umumnya menunjukkan disiplin kewangan yang baik.

Mereka juga melunaskan hutang BNPL dengan kadar kegagalan pembayaran balik hutang yang rendah. Mengikut kajian tersebut, kira-kira 88% membuat semua pembayaran tepat pada masanya, 12% membuat pembayaran lewat tetapi penuh dan hanya kurang daripada 0.5% tidak dapat membayar sepenuhnya.

Bagi melindungi kepentingan pengguna, Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP) yang bakal ditubuhkan di bawah Akta Kredit Pengguna 2025 akan mengambil pendekatan penyeliaan berasaskan risiko dan berkadar ke atas pengguna kredit.

Lim berkata, penyeliaan itu akan dijalankan melalui pemeriksaan berkala dan pemantauan berterusan, iaitu kaedah yang turut digunakan oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • RUUKP 2025 Diluluskan, BNPL Kini Akan Dikawal Selia
  • RUU Kredit Pengguna 2025, Ini Yang Perlu Difahami
  • Transaksi BNPL Kini Cecah RM9.3 Bilion, Akaun Aktif Turut Meningkat

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY