Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
RUU Kredit Pengguna 2025, Ini Yang Perlu Difahami

RUU Kredit Pengguna 2025, Ini Yang Perlu Difahami

Diterbitkan Julai 23, 2025 · Dikemas kini Julai 23, 2025 oleh Amalina Athman

Dewan Rakyat dengan sebulat suara telah meluluskan Rang Undang-Undang Kredit Pengguna (RUUKP) 2025 pada 21 Julai 2025.

Ia merupakan langkah signifikan untuk melindungi pengguna kredit, termasuk daripada pemberi pinjaman wang segera atau skim Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL).

Itu secara asasnya. Tapi, apa sebenarnya RUUKP ini dan kenapa ia penting?

Apa itu RUUKP 2025?

RUUKP dirangka sebagai akta induk bersifat pelengkap kepada akta sedia ada dan tidak menggantikan fungsi atau peranan kementerian serta agensi sedia ada.

Di bawah RUUKP, Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP) akan ditubuhkan sebagai sebuah badan berkanun yang diletakkan di bawah Kementerian Kewangan.

Ini bermakna, SKP akan mengawal selia sektor perniagaan kredit yang selama ini tidak dikawal selia atau mempunyai pemantauan khusus oleh mana-mana pihak.

Jenis perniagaan kredit yang akan dikawal selia

Jenis perniagaan kredit konvensional dan Islam:

  • Pinjaman wang
  • Pemajakgadaian
  • Sewa beli
  • Jualan kredit
  • Skim beli sekarang bayar kemudian
  • pemajakan
  • pemfaktoran

Pelaksanaan berfasa

RUUKP akan dilaksanakan dalam tiga fasa utama, dengan mengambil kira kesediaan industri serta keupayaan SKP.

  • Fasa 1: KPKT dan KPDN masih akan mengawal selia pemberi pinjam berlesen. Kerajaan tidak menetapkan sebarang had kadar faedah pada fasa ini.
  • Fasa 2 (2028): Fungsi kawal selia yang dipegang oleh KPKT dan KPDN akan dipindahkan kepada SKP, termasuk pinjaman wang, pajak gadai, sewa beli dan jualan kredit.
  • Fasa 3 (2031): Tumpuan pada pemusatan kawal selia semua aktiviti kewangan pengguna. Ketika ini masih di peringkat kajian awal.

Kenapa RUUKP penting untuk pengguna?

Jumlah transaksi BNPL kini mencecah RM9.3 bilion, melibatkan 102.6 juta transaksi dan 6.5 juta akaun aktif setakat separuh pertama 2025 (H1 2025). Secara tidak langsung, ia menunjukkan betapa meluasnya penggunaan kredit tanpa kawal selia.

Melalui RUUKP, pengguna bakal mendapat:

  • Perlindungan amalan tidak wajar: RUUKP memberi kuasa kepada SKP untuk mengawal amalan agresif pemberi pinjaman tidak berlesen dan penipuan kewangan.
  • Pendedahan caj dan terma yang jelas: Penyedia kredit wajib beri maklumat jelas tentang semua caj, kadar faedah dan penalti sebelum tawaran diterima. Ini membantu pengguna membuat keputusan yang lebih bijak dan tidak terperangkap dengan caj tersembunyi.
  • Kurangkan risiko hutang tidak terkawal
  • Bina skor kredit: Bagi yang tiada pinjaman bank atau kad kredit, RUUKP membuka peluang untuk membina skor kredit. Tapi kalau culas bayar, ia akan jadi sebaliknya dan boleh jejaskan penilaian skor kredit. Setakat ini, agensi kredit yang akan terlibat masih belum diumumkan.
  • Penilaian kewangan lebih telus: Sebelum ini, banyak pinjaman luar sistem bank tak direkod, jadi institusi kewangan tak dapat nilai komitmen sebenar pengguna. RUUKP akan bantu lengkapkan gambaran kewangan pengguna.

Apa yang akan berubah selepas ini?

RUUKP 2025 mungkin ambil masa beberapa tahun untuk dilaksanakan sepenuhnya, tetapi ia asas penting ke arah ekosistem kredit yang lebih selamat dan bertanggungjawab.

Ia bukan sekadar undang-undang, tetapi satu usaha menyeluruh untuk melindungi pengguna dan penyedia kredit melalui peraturan yang lebih jelas dan adil. Dalam jangka panjang, ia dapat membendung amalan kredit yang menindas dan tidak beretika.

Berkaitan

  • 'Laptop' Mahal Sangat? Tablet Ni Dah Lebih Dari Cukup
  • RUUKP 2025 Diluluskan, BNPL Kini Akan Dikawal Selia
  • Transaksi BNPL Kini Cecah RM9.3 Bilion, Akaun Aktif Turut Meningkat

Rujukan: RUU Kredit Pengguna 2025

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY