Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
RUUKP 2025 Diluluskan, BNPL Kini Akan Dikawal Selia

RUUKP 2025 Diluluskan, BNPL Kini Akan Dikawal Selia

Diterbitkan Julai 22, 2025 ยท Dikemas kini Julai 22, 2025 oleh Amsyar Latif

Perkhidmatan Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL) semakin menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk membuat pembelian kecil dengan mudah.

Dengan kelulusan serta-merta dan tanpa semakan kredit yang ketat, ramai pengguna terdedah kepada risiko terperangkap dalam hutang tanpa sedar. Malah, data menunjukkan cecah RM3.8 bilion direkodkan setakat 30 Jun 2025. Namun, perkhidmatan ini masih belum dikawal selia secara menyeluruh sehinggalah hari ini.

Oleh yang demikian, Dewan Rakyat kini meluluskan Rang Undang-Undang Kredit Pengguna (RUUKP) 2025 bagi memperkenalkan rangka kawal selia bersepadu terhadap perniagaan kredit pengguna. Akta ini akan meliputi penyedia kredit bukan bank termasuk BNPL, pinjaman wang, pajak gadai dan sewa beli.

RUUKP akan dilaksanakan secara berfasa. Fasa pertama mengekalkan kawal selia di bawah KPKT dan KPDN. Fasa kedua pada 2028 akan menyerahkan kuasa kepada Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP) yang bakal ditubuhkan. Fasa ketiga bermula 2031 akan menyatukan semua aktiviti kredit pengguna di bawah satu entiti pusat.

Tiada had kadar faedah ditetapkan dalam fasa awal, namun data akan dikumpul untuk panduan dasar akan datang. RUUKP dirangka sebagai pelengkap kepada undang-undang sedia ada dan tidak menggantikan peranan agensi lain seperti BNM dan Suruhanjaya Sekuriti.

Berkaitan

  • Skim Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL) Dilaporkan Jerat Pengguna Di Malaysia Dengan Hutang
  • Perkhidmatan BNPL Atome Makin Menguntungkan
  • 'Laptop' Mahal Sangat? Tablet Ni Dah Lebih Dari Cukup

Sumber: bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY