Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
buy now pay later_ai

Transaksi BNPL Kini Cecah RM9.3 Bilion, Akaun Aktif Turut Meningkat

Diterbitkan Julai 22, 2025 ยท Dikemas kini Julai 23, 2025 oleh Amalina Athman

Jumlah transaksi bagi kaedah Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL) meningkat kepada RM9.3 bilion pada separuh pertama 2025. Ini merupakan peningkatan sebanyak 31% berbanding RM7.1 bilion yang direkodkan pada separuh kedua 2024.

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata bilangan transaksi bagi tempoh tersebut mencecah 102.6 juta, meningkat daripada 83.8 juta yang dicatatkan pada separuh kedua 2024.

Selain itu, jumlah akaun BNPL yang aktif juga menunjukkan peningkatan daripada 5.1 juta akaun pada akhir 2024 kepada 6.5 juta akaun setakat akhir Jun 2025.

Menurutnya, peningkatan mendadak dalam transaksi BNPL mendedahkan pengguna kepada risiko, terutamanya golongan berpendapatan rendah dan kurang celik kewangan kepada keberhutangan tidak terkawal.

Bagi menangani permasalah ini dan melindungi kepentingan pengguna kredit, sebuah badan berkanun dikenali sebagai Suruhanjaya Kredit Pengguna atau SKP akan ditubuhkan di bawah RUUKP (Rang Undang-Undang Kredit Pengguna).

Dewan Rakyat kini telah meluluskan RUUKP 2025 bagi memperkenalkan rangka kawal selia semua perniagaan kredit pengguna, termasuk BNPL.

Berkaitan

  • Buy Now Pay Later Ibarat Hutang Buku '555' - Penganalisis
  • Transaksi 'Buy Now Pay Later' Naik Ketara, Majoriti Golongan Ini Yang Guna
  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • RUUKP 2025 Diluluskan, BNPL Kini Akan Dikawal Selia

Sumber: Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY