Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Play Store_

Google Play Store Dapat Ciri Baharu, Boleh Memuat Turun Berbilang Aplikasi Serentak

Diterbitkan April 29, 2024 · Dikemas kini April 29, 2024 oleh ariff bukhari

Selepas beberapa kali ujian dibuat sejak beberapa tahun lalu, Google nampaknya telah melancarkan ciri muat turun dan pemasangan aplikasi serentak secara meluas di Google Play Store mereka.

Untuk melihat bagaimana ciri ini berfungsi, anda cuba pasang dua aplikasi (pilih muat turun aplikasi yang bersaiz besar, seperti Google Docs, Sheets dan Slides)  dan anda boleh lihat cara aplikasi itu memuat turun dan kemudian memasang serentak dan bukannya menunggu satu per satu untuk selesai dahulu.

WhatsApp Image 2024-04-29 at 15.46.53
WhatsApp Image 2024-04-29 at 15.47.56

Walau bagaimanapun, ciri muat turun serentak ini tidak terpakai pada kemas kini aplikasi, yang akan menjadi lebih berguna kerana pengemaskinian adalah lebih biasa berbanding pemasangan aplikasi baharu.

Ciri baharu ini amat berguna apabila mengaktifkan telefon atau tablet Android baharu kerana proses pemasangan aplikasi akan menjadi lebih pantas.

Pastikan versi Play Store anda adalah yang terkini untuk dapatkan ciri tersebut. Atau anda boleh semak versi Play Store pada peranti anda dengan buka Google Play Store > tap pada ikon akaun Google anda > Settings > About.

WhatsApp Image 2024-04-29 at 15.52.38

Untuk kemas kini Google Play Store peranti, tap pada Update Play Store.

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sumber: 9TO5GOOGLE

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY