Google kini memperkenalkan Gemini 3.5 Transcribe, model pertuturan-ke-teks terkini yang direka untuk menghasilkan transkripsi lebih tepat sambil memahami cara pengguna bercakap secara semula jadi.
Menurut Google, Gemini 3.5 Transcribe boleh menukar audio kepada teks dalam lebih 85 bahasa, termasuk loghat dan dialek serantau. Ia juga mampu membuang perkataan pengisi seperti “ums” dan “ahs”, mengendalikan pembetulan ketika bercakap serta menghasilkan teks yang lebih bersih dan tersusun.
Sebagai contoh, apabila pengguna berkata “jumpa hari Selasa. Bukan, hari Rabu”, model ini boleh memahami bahawa pengguna telah membetulkan perkataannya dan menghasilkan transkripsi berdasarkan maksud akhir tersebut. Ia juga boleh memformatkan teks secara automatik.
Instead of typing out every thought, Gemini 3.5 Transcribe works with the way you actually talk:
β Seamlessly handles self-corrections
β¨ Removes filler words to deliver clean, formatted text
π― Understands your natural intent and speaking style
π Accurately captures audio inβ¦ pic.twitter.com/17YcsDi7Q0— Google (@Google) August 26, 2026
Selain itu, model ini boleh mengenal pasti sehingga tiga penutur dalam satu rakaman serta menunjukkan masa percakapan (timestamp) setiap penutur. Google juga mendakwa Gemini 3.5 Transcribe mampu menangkap audio dengan tepat walaupun dalam persekitaran yang bising.
Dalam aplikasi Gemini pada macOS, pengguna boleh menggunakan arahan suara untuk meminta Gemini melakukan pelbagai tugasan seperti mencari maklumat, meringkaskan teks, menganalisis fail dan menjana imej.
In the @GeminiApp on macOS, you can use Gemini 3.5 Transcribe to get more done π£οΈβ¨
Ask Gemini to generate images, look up information, summarize text, analyze files and more using just your voice. pic.twitter.com/weDCHoLyZH
— Google (@Google) August 26, 2026
Di Android pula, Gemini 3.5 Transcribe menjadi asas kepada ciri Rambler pada Gboard. Ia membantu menukarkan pertuturan kepada teks yang lebih kemas, selain membolehkan pengguna membuat suntingan, membetulkan ejaan dan mengubah gaya penulisan menggunakan suara.
Ketersediaan
Gemini 3.5 Transcribe kini tersedia dalam pratonton awam untuk pembangun melalui Gemini API di Google AI Studio dan Google Antigravity.
Bagi pengguna umum, ia mula tersedia dalam aplikasi Gemini untuk macOS dalam bahasa Inggeris, selain ciri Rambler di Android yang ditawarkan di negara dan bahasa terpilih. Sokongan untuk Chrome akan hadir kemudian.
Untuk perusahaan, Gemini 3.5 Transcribe turut tersedia dalam pratonton awam melalui Gemini Enterprise Agent Platform dan akan hadir ke Gemini Enterprise for Customer Experience.
{suggest}
