Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gemini Go Kini Dilancarkan Untuk Peranti Android Go

Pengguna Gemini Kini Boleh Matikan ‘Watermark’ Pada Imej, Video Dan Muzik AI

Diterbitkan Ogos 17, 2026 · Dikemas kini Ogos 17, 2026 oleh Amalina Athman

Selama ini, kandungan yang dijana menggunakan Google Gemini akan disertakan tera air (watermark) yang kelihatan. Kini, pengguna boleh memilih sama ada mahu mengekalkan tera air tersebut atau mematikannya.

Pilihan ini hadir melalui tetapan baharu “Media Watermark”, yang membolehkan tera air tersebut dihidupkan atau dimatikan mengikut keperluan pengguna. Tetapan ini boleh diubah oleh pengguna percuma mahupun berbayar melalui Settings > Media Watermark. Ia terpakai untuk imej (Nano Banana), video (Omni) dan muzik (Lyria) yang dihasilkan dalam aplikasi Gemini.

Media watermark Gemini_1

Namun, menyembunyikan tera air yang kelihatan tidak bermaksud tanda pengenalan AI turut dibuang. Google masih menyertakan SynthID, iaitu tera air digital yang tidak kelihatan, pada media yang dijana atau disunting menggunakan AI dalam Gemini. Aplikasi Gemini turut menyertakan metadata Content Credentials (C2PA) untuk memberikan maklumat tentang asal-usul kandungan.

Sekiranya tidak pasti sama ada sesuatu imej, video atau muzik dihasilkan menggunakan AI, pengguna juga masih boleh meminta Gemini menyemaknya dengan bertanya, “Is this AI-generated?”.

Bagaimanapun, Google menetapkan beberapa pengecualian. Pengguna di India, Korea Selatan dan Vietnam hanya akan melihat pilihan ini jika melanggan AI Ultra. Bagi pengguna lain di negara tersebut, tera air yang kelihatan akan terus dipaparkan.

Selain itu, perubahan ini hanya terpakai pada aplikasi Gemini di web dan mudah alih, bukan ciri AI dalam produk Google yang lain. Pengguna yang mengakses Gemini melalui akaun kerja atau sekolah juga tidak mempunyai pilihan untuk mengubah tetapan ini.

Rolling out over the next few days, you can decide if your image, video, and music creations made with Gemini will have visible watermarks. Invisible SynthID watermarks and C2PA metadata will always stay embedded in the background.

Simply go to your settings and toggle “Show… https://t.co/b0tHkwnFBU

— Google Gemini (@GeminiApp) August 14, 2026

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Google Lancar Gemini Spark Di Malaysia, AI Yang Boleh Bekerja 24 Jam Sehari
  • Aplikasi Gemini Kini Cecah 1 Bilion Pengguna Setiap Bulan - Terpantas Berkembang Dalam Sejarah Google
  • Gemini 3.7 Flash Tiba Hanya Tiga Minggu Selepas 3.6 Flash

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY