Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Google Perkenal Gemini Intelligence Untuk Android

Posted on Mei 13, 2026Mei 13, 2026

Google hari ini memperkenalkan Gemini Intelligence, satu set ciri baharu yang menjadikan Android lebih pintar dan lebih proaktif dalam membantu pengguna menyelesaikan tugasan harian.

Automasi tugasan merentasi aplikasi

Salah satu keupayaan Gemini Intelligence ialah automasi tugasan berbilang langkah merentasi aplikasi. Sebagai contoh, Gemini boleh mencari maklumat dalam Gmail, menambah item ke dalam troli beli-belah, atau membantu membuat tempahan tanpa pengguna perlu bertukar antara aplikasi secara manual.

Gemini juga boleh memahami konteks berdasarkan apa yang dipaparkan pada skrin.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/05/13085841/Final-5.5.-GI-_Automations_v02.mp4

Gemini dalam Chrome pada peranti Android

Google turut membawa Gemini ke pelayar Chrome pada Android. Bermula penghujung Jun, ciri ini akan membantu pengguna membuat penyelidikan, merumuskan maklumat dan membandingkan kandungan di web dengan lebih mudah.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/05/13085826/Chrome-_Auto_Browse-_blog_ready-5.4.mp4

Chrome Auto Browse pula boleh menguruskan tugasan rutin seperti membuat janji temu atau menempah parkir secara automatik.

Isi borang dengan mudah

Autofill with Google kini dipertingkatkan dengan sokongan Personal Intelligence Gemini. Dengan kebenaran pengguna, sistem ini boleh menggunakan maklumat daripada aplikasi yang disambungkan untuk mengisi borang yang lebih kompleks secara automatik.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/05/13085816/5_5-_Final-GI-_SuperFill_v02.mp4

Sambungan antara Gemini dan Autofill with Google adalah pilihan sepenuhnya. Pengguna boleh memilih sama ada mahu mengaktifkan ciri ini dan boleh mematikannya pada bila-bila masa melalui tetapan.

Ciri ‘Rambler’ dalam Gboard

Google turut memperkenalkan Rambler, iaitu ciri input suara baharu dalam Gboard yang menapis perkataan pengisi seperti “erm” dan “aa”. Rambler akan mengenal pasti isi penting daripada pertuturan pengguna dan menukarkannya kepada teks yang lebih ringkas dan kemas.

Ia juga menyokong penggunaan beberapa bahasa dalam satu mesej, sesuai untuk pengguna yang kerap bertukar bahasa ketika menaip.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/05/13085856/Final-5.6-Rambler.mp4

Cipta widget tersuai

Melalui Gemini Intelligence, Google turut memperkenalkan langkah awal ke arah antara muka generatif melalui widget. Ciri Create My Widget membolehkan pengguna mencipta widget tersuai hanya dengan memberikan arahan dalam bahasa biasa.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/05/13085855/Final-5.5-GI-_Gen_UI_Widget_v02.mp4

Antara muka Gemini Intelligence

Gemini Intelligence turut hadir dengan rekaan antara muka baharu berasaskan Material 3 Expressive.

Menurut Google, reka bentuk ini dibangunkan untuk mengurangkan gangguan visual dan membantu pengguna kekal fokus pada tugasan semasa.

Ketersediaan

Google memaklumkan ciri Gemini Intelligence akan diperkenalkan secara berperingkat bermula dengan telefon Samsung Galaxy dan Google Pixel terbaharu sekitar Jun hingga Ogos ini.

Ia kemudian akan diperluaskan ke peranti Android lain seperti jam tangan, kereta, cermin mata pintar dan komputer riba menjelang lewat tahun ini.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress