Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Spark x Keep & Tasks

Google Lancar Gemini Spark Di Malaysia, AI Yang Boleh Bekerja 24 Jam Sehari

Diterbitkan Julai 29, 2026 ยท Dikemas kini Julai 29, 2026 oleh Amsyar Latif

Google secara rasmi melancarkan Gemini Spark di Malaysia, sebuah ejen kecerdasan buatan (AI) yang direka untuk menjalankan tugasan secara automatik di latar belakang sepanjang masa tanpa memerlukan pengguna sentiasa berada di hadapan peranti.

Ditawarkan kepada pelanggan Google AI Pro dan Google AI Ultra, Gemini Spark menyokong penggunaan dalam Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris. Ia beroperasi melalui infrastruktur awan Google, membolehkan tugasan diteruskan walaupun komputer riba ditutup atau telefon dikunci.

gemini spark

Berbeza dengan chatbot AI yang hanya bertindak selepas menerima arahan, Gemini Spark direka sebagai ejen AI yang boleh menyelesaikan tugasan dari awal hingga akhir mengikut arahan pengguna.

Antara tugasan yang boleh dilakukan termasuk menyemak e-mel Gmail untuk mengesan bil dan langganan bulanan, merumuskan maklumat, menyediakan draf balasan e-mel, mencari acara menarik di sekitar Kuala Lumpur, serta menambah aktiviti ke dalam Google Calendar atau Google Docs secara automatik.

Google turut menyatakan Gemini Spark boleh mempelajari gaya penulisan pengguna dengan menganalisis e-mel terdahulu sebelum menghasilkan draf yang lebih konsisten dengan cara penulisan mereka.

Walaupun mampu melaksanakan pelbagai tugasan secara autonomi, Google menegaskan pengguna masih mempunyai kawalan penuh terhadap Gemini Spark.

Pengguna boleh memilih aplikasi yang ingin disambungkan, manakala tindakan berisiko seperti menghantar e-mel atau membuat pembayaran akan memerlukan pengesahan terlebih dahulu.

Gemini Spark dikuasakan oleh model Gemini 3.6 Flash dan menurut Google, ia menandakan peralihan daripada AI yang sekadar menjawab soalan kepada ejen AI yang mampu membantu menyelesaikan tugasan harian secara proaktif.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/07/29175440/Spark-x-Topic-Tracking.mp4

Berkaitan

  • Malaysia Catat Penggunaan Tertinggi Ciri Penjanaan Imej AI Google Gemini Di Asia Tenggara
  • Google Tukar Nama NotebookLM Kepada Gemini Notebook
  • Google Perkenal Gemini 3.6 Flash, 3.5 Flash-Lite Dan 3.5 Flash Cyber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY