Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gemini 4 Argon_Gemini apps2

Gemini 4 Argon Kini Tersedia Dalam Aplikasi Gemini

Diterbitkan Oktober 14, 2026 · Dikemas kini Oktober 14, 2026 oleh Amalina Athman

Gemini 4 Argon kini tersedia dalam aplikasi Gemini, menawarkan keupayaan penaakulan termaju dan prestasi yang lebih baik untuk menangani tugasan kompleks.

Menurut Google, Gemini 4 Argon mampu memberikan jawapan yang lebih jelas, tanpa terlalu banyak ungkapan yang menunjukkan keraguan. Model ini juga mengelakkan pengulangan yang tidak perlu dan penggunaan frasa klise. Bagi tugasan yang mengambil masa lebih lama, Gemini akan berkongsi kemas kini dengan lebih kerap supaya pengguna dapat mengikuti perkembangan kerjanya.

Gemini 4 Argon_Gemini apps_01

Peningkatan turut diberikan pada keupayaan pengekodan. Pengguna macOS kini boleh mengakses antara muka pengekodan berasaskan ejen Google Antigravity secara terus melalui aplikasi Gemini, memudahkan mereka beralih antara perbualan biasa dan kerja pengekodan.

Selain itu, pengguna boleh beralih daripada mod sembang kepada mod tugasan melalui tetingkap sembang utama Gemini. Dalam mod ini, Gemini boleh menjalankan tugasan bagi pihak pengguna walaupun mereka tidak berada di hadapan komputer, termasuk melalui aplikasi Google dan perkhidmatan lain yang disokong.

Gemini kini menyokong sambungan kepada lebih 40 aplikasi, termasuk Instacart, OpenTable, Adobe dan Shopify. Melalui sambungan ini, pengguna boleh melakukan pelbagai urusan seperti memesan barangan runcit, membuat tempahan meja restoran serta mereka bentuk dan membangunkan perniagaan.

Ketersediaan

Buat masa ini, akses kepada Gemini 4 Argon hanya tersedia untuk pelanggan Google AI Pro dan Google AI Ultra.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Gemini 4 Argon Rasmi, Fokus Tugasan Ejen Dan Pengaturcaraan
  • Google Hadkan Gemini Percuma Kepada Flash-Lite Sahaja Mulai 9 Oktober
  • Google Kini Benarkan Pengguna Biasa Lancarkan Aplikasi 'Vibe-Coded' Secara Peribadi Di Play Store - Tersedia Di Pasaran Terpilih
  • Google Kini Gabungkan Antigravity Dalam Aplikasi Gemini Untuk Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Acer Malaysia Lancar Penapis Udara Mesra Haiwan Peliharaan Dan Kipas Pintar
  • The Transformers: The Movie Akan Ditayangkan Secara Percuma Di YouTube 27 Nov Ini
  • Nothing Dedah Rupa Peranti AI Baharu Yang Bakal Dilancar Disember Ini
  • Kenali Rencana, Aplikasi Pelajar IPT Untuk Urus Jadual, 'Assignment' Dan Ulang Kaji
  • iQOO 16 Dengan Cip Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 8 Disember Ini
  • Kerajaan Teliti Langkah Tangani Jualan Produk Import Tidak Bersijil Di Platform E-Dagang
  • Aplikasi AI Footbao Untuk Cari Bakat Muda Bola Sepak Bakal Tiba Di Eropah Januari Ini
  • Akhirnya, WhatsApp Secara Rasmi Perkenal Ciri Mesej Berjadual
©2026 WISER.MY