Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
gemini mac

Google Kini Gabungkan Antigravity Dalam Aplikasi Gemini Untuk Mac

Diterbitkan Oktober 14, 2026 ยท Dikemas kini Oktober 14, 2026 oleh Amsyar Latif

Google kini mengintegrasikan Google Antigravity ke dalam aplikasi Gemini untuk macOS, membolehkan pengguna membina aplikasi, laman web dan prototaip menggunakan ejen AI tanpa perlu membuka aplikasi pembangunan berasingan.

Menurut Google, integrasi yang diumumkan pada 13 Oktober 2026 itu diperkenalkan bersama peluasan akses kepada Gemini 4 Argon, model AI kelas tinggi yang memfokuskan pengaturcaraan dan tugasan kompleks.

Sebelum ini, Google Antigravity tersedia sebagai aplikasi berasingan. Dengan kemas kini tersebut, pengguna kini boleh beralih daripada perbualan biasa kepada persekitaran pembangunan perisian melalui aplikasi Gemini yang sama.

Bina Aplikasi Menggunakan Ejen AI

Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu memilih butang Antigravity di bahagian atas aplikasi Gemini pada Mac.

Pengguna kemudian boleh memberikan arahan untuk membina aplikasi, menghasilkan laman web atau membangunkan prototaip berdasarkan idea tertentu.

Ejen AI Antigravity akan menyediakan pelan pembangunan untuk disemak sebelum memulakan kerja. Selepas mendapat kelulusan, ejen tersebut boleh menulis dan menguji kod di latar belakang, sementara pengguna meneruskan tugasan lain.

Google menyatakan pengguna turut boleh menetapkan folder yang dibenarkan untuk diakses serta tindakan yang memerlukan kelulusan.

Ketersediaan Dan Perubahan Lain

Google Kini Gabungkan Antigravity Dalam Aplikasi Gemini Untuk Mac

Integrasi Google Antigravity dalam aplikasi Gemini untuk Mac turut tersedia kepada pelanggan Google AI Pro dan AI Ultra, tetapi dengan pilihan model yang berbeza.

Berdasarkan semakan kami, pelanggan Google AI Pro boleh menggunakan Antigravity dengan Gemini 3.8 Flash, manakala Gemini 4 Argon tersedia untuk pelanggan Google AI Ultra.

Google turut mengemas kini antara muka Gemini dengan pilihan Chat dan Task. Task merupakan penjenamaan baharu bagi Gemini Spark, yang membolehkan ejen AI menjalankan tugasan bagi pihak pengguna.

Selain itu, bahagian Scheduled menghimpunkan tugasan berjadual, manakala Customize membolehkan pengguna mengurus Skills dan Connectors.

Berkaitan

  • Gemini 4 Argon Rasmi, Fokus Tugasan Ejen Dan Pengaturcaraan
  • Google Hadkan Gemini Percuma Kepada Flash-Lite Sahaja Mulai 9 Oktober

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Gemini 4 Argon Kini Tersedia Dalam Aplikasi Gemini
  • Getty Images Failkan Pelan Bankrap, Akan Menjadi Syarikat Swasta
  • Tandas Pintar 'BMW-i' Pertama Malaysia Diperkenalkan Di Putrajaya - Bakal Diperluas Ke Ibu Negeri Lain
  • Golongan Muda Catat 65.9 Juta Transaksi BNPL Bernilai RM5.4 Bilion Pada Separuh Pertama 2026
  • Pekerja OpenAI Ditahan, Didakwa Pasang Alat Rakaman Tersembunyi Di Pejabat
  • 'Cacing' AI Boleh Merebak Menerusi Peranti Pintar - Anthropic
  • Google Kini Benarkan Pengguna Biasa Lancarkan Aplikasi 'Vibe-Coded' Secara Peribadi Di Play Store - Tersedia Di Pasaran Terpilih
©2026 WISER.MY