Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gemini 4 Argon Rasmi, Fokus Tugasan Ejen Dan Pengaturcaraan

Gemini 4 Argon Rasmi, Fokus Tugasan Ejen Dan Pengaturcaraan

Diterbitkan Oktober 1, 2026 oleh Amsyar Latif

Google memperkenalkan Gemini 4 Argon, model AI baharu kelas frontier yang dibangunkan untuk menangani tugasan kompleks dan berjangka panjang, khususnya dalam bidang kejuruteraan perisian, kerja profesional serta pertahanan keselamatan siber.

Menurut Google, Argon direka untuk mengekalkan penaakulan mendalam sepanjang aliran kerja berbilang langkah, termasuk tugasan yang memerlukan penggunaan alat, pemprosesan maklumat kompleks dan penyelesaian masalah dalam tempoh lebih panjang.

Antara peningkatan paling besar ialah had output sehingga 1 juta token dalam satu respons, jauh lebih tinggi berbanding had 64,000 token pada model sebelumnya. Google berkata ruang tambahan ini membolehkan model berfikir dan menghasilkan output jauh lebih panjang dalam satu aliran kerja.

Dari segi pengaturcaraan, Google mendakwa Gemini 4 Argon mencatat 77.9% pada DeepSWE 1.1, mengatasi Claude Opus 5.5 pada 74.2% dan GPT-6 Astra pada 74.1% dalam perbandingan yang diterbitkan syarikat.

https://x.com/Google/status/2105388146665890056?s=20

Argon turut difokuskan kepada kerja perusahaan seperti analisis undang-undang dan kewangan, selain tugasan keselamatan siber.

Google berkata model itu sudah digunakan secara dalaman, termasuk untuk membantu memindahkan pangkalan kod C/C++ kepada Rust serta mengoptimumkan infrastruktur pusat data. Dalam satu contoh, penggunaan Argon dikatakan membantu menjimatkan lebih 300 TiB memori merentasi pusat data Google.

Bagaimanapun, Gemini 4 Argon belum tersedia secara meluas kepada pengguna biasa.

Google sedang melancarkannya terlebih dahulu kepada sekumpulan organisasi keselamatan siber yang dipercayai melalui Fairwind Program.

Syarikat itu mahu mendapatkan maklum balas dan menguji langkah keselamatan tambahan sebelum memperluaskan akses kepada pembangun, perusahaan dan pengguna.

Google turut terlibat dalam proses sukarela kerajaan Amerika Syarikat yang memberikan akses kepada model sebelum pelancaran bagi tujuan penilaian risiko.

Apabila tersedia secara lebih meluas kelak, Gemini 4 Argon akan ditawarkan pada harga pengenalan AS$2 bagi setiap sejuta token input dan AS$10 bagi output, manakala input yang menggunakan cache menerima diskaun 95%.

Dengan Argon, Google kembali memberi tumpuan kepada model AI kelas tinggi selepas beberapa bulan memperkenalkan model Flash yang lebih ringan dan murah, kali ini dengan penekanan lebih besar pada coding, tugasan profesional dan keselamatan siber.

Berkaitan

  • Google Kata Gemini Telah Godam Dan Teka Kata Laluan Beberapa Sistem
  • Malaysia Catat Lebih 200,000 Guru Bertauliah Gemini, Terbanyak Di Dunia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY