Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vibe code apps google play store

Google Kini Benarkan Pengguna Biasa Lancarkan Aplikasi ‘Vibe-Coded’ Secara Peribadi Di Play Store – Tersedia Di Pasaran Terpilih

Diterbitkan Oktober 14, 2026 · Dikemas kini Oktober 14, 2026 oleh Amalina Athman

Google kini memperkenalkan beberapa kemas kini baharu untuk Google Play yang memberi tumpuan kepada cara pengguna mencipta aplikasi sendiri, mencari kandungan mengikut minat serta berinteraksi dengan pemain lain.

Antara perubahan utama ialah keupayaan pengguna menjalankan aplikasi Android yang dibina untuk kegunaan peribadi melalui Google Play, tanpa memerlukan akaun pembangun profesional.

Menerusi ciri ini, pengguna boleh membangunkan aplikasi tersuai menggunakan Google AI Studio melalui kaedah vibe coding, iaitu pendekatan pembangunan aplikasi dengan bantuan AI. Aplikasi yang dihasilkan kemudian boleh dijalankan pada peranti sendiri melalui Google Play menggunakan akaun Google biasa.

Google Kini Benarkan Pengguna Biasa Lancarkan Aplikasi ‘Vibe-Coded’ Secara Peribadi Di Play Store  – Tersedia Di Pasaran Terpilih
Bina aplikasi tersuai dengan AI serta jalankan atau kongsikannya secara peribadi melalui Google Play.

Menurut Google, aplikasi tersebut kekal peribadi dan selamat serta tidak disenaraikan dalam katalog awam Google Play. Dalam beberapa bulan akan datang, Google turut merancang untuk membolehkan pengguna berkongsi aplikasi peribadi mereka dengan kelompok kecil rakan dan ahli keluarga.

Bagi pengguna yang mahu menyediakan aplikasi untuk kegunaan orang ramai, Google menyediakan pilihan untuk beralih kepada akaun pembangun profesional. Pada peringkat ini, aplikasi perlu melalui semakan keselamatan dan memenuhi piawaian kualiti yang sama seperti aplikasi pembangun profesional lain.

Buat masa ini, ciri tersebut mula dilancarkan secara berperingkat di pasaran terpilih, termasuk Amerika Syarikat, khusus untuk pengguna berumur 18 tahun ke atas.

Ciri baharu lain

Google turut memperkenalkan beberapa ciri baharu untuk membantu pengguna meneroka aplikasi dan permainan di Play Store.

Antaranya ialah Ask Play, yang kini boleh membandingkan aplikasi dengan menunjukkan perbezaan utama serta pandangan pengguna. Game Finder pula membantu pemain mencari permainan berdasarkan genre, mekanik permainan dan pilihan peribadi menerusi ciri Gamer DNA.

Google juga memperkenalkan Sprints, iaitu cabaran permainan selama 48 jam untuk kumpulan dua hingga lima pemain, selain memperluas ciri percubaan permainan premium kepada PC. Menerusi ciri ini, pengguna boleh mencuba permainan versi penuh untuk tempoh terhad sebelum membuat pembelian.

Dari segi keselamatan keluarga, Google turut memperkenalkan ciri yang membolehkan ibu bapa berkongsi lingkungan umur anak mereka dengan aplikasi melalui Family Link.

Pengguna juga boleh berkongsi lingkungan umur sendiri, membolehkan aplikasi mendapatkan maklumat minimum yang diperlukan untuk menyediakan pengalaman yang selamat dan sesuai dengan umur pengguna.

Berkaitan

  • Ciri AI “Ask Play about this app” Kini Tiba Di Google Play Store
  • Google Play Mula Papar Amaran Jika Aplikasi Guna Bateri Secara Berlebihan
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
  • Kod 2FA Tetap Berfungsi Dalam Mod Pesawat, Ini Sebabnya
  • MyCERT Kesan Trojan Perbankan Android 'BNM Mobile Security' - Curi Maklumat Kad Bank Melalui NFC
  • 3 Game Kereta Lumba 'Lejen' Ini Kini Boleh Dimainkan Terus Dari Pelayar PC Anda
  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
©2026 WISER.MY