Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
apple samsung

Gaji Kakitangan Apple Didedah, Pereka Grafik Dibayar ~RM291,000 Setahun

Diterbitkan September 29, 2022 · Dikemas kini September 29, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Pernahkah anda terfikir berapakah pendapatan mereka yang bekerja dalam sektor profesional di Apple? Nampaknya perkara ini berjaya diterokai hasil penelitian Insider terhadap dokumen rasmi.

Ia berdasarkan dokumen permohonan visa H-1B oleh Apple.

Insider berkata secara kewangan, Apple mempamerkan prestasi jauh lebih baik jika dibandingkan dengan syarikat teknologi lain sewaktu kegawatan ekonomi ini. Pada waktu gergasi lain membuang pekerja, mereka menambah kakitangan dan membayarnya setimpal.

Berkaitan

  • Kenali Apa Itu Apple Pay Dan Cara Gunakannya
  • Ini Apa Yang Anda Tidak Boleh Lakukan Dengan Apple Pay Di Malaysia
  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Cara Matikan PayDirect Touch 'n Go Agar Baki eWallet Tidak Ditolak Di Plaza Tol
  • Apple Akan Naikkan Harga Aplikasi App Store Di Malaysia, Berkuat Kuasa Seawal 5 Oktober
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14
  • Penukul Besi Lawan Apple Watch Ultra Tapi Lain Yang Pecah
  • Kuo: Populariti iPhone 14 Pro Max Mungkin Dorong Apple Hasilkan Lebih Banyak Perbezaan Antara iPhone 15 Pro dan Pro Max

Justeru, di bawah disenaraikan gaji tahunan kakitangan Apple untuk kebanyakan jawatan. Hal ini kerana sudah menjadi kelaziman di AS untuk mengira pendapatan mereka dalam bentuk tahunan.

Kebanyakan syarikat memberikan gaji 2 kali sebulan. Tukaran wang ini juga berdasarkan nilai mata wang Dollar-Ringgit Malaysia waktu semasa.

Pembangun Perisian (Aplikasi) atau Software Developers, Applications

  • AR/VR Software Development Engineer: $153,000 – $200,000 (RM711,000 – RM930,000)
  • Engineering Project Manager: $135,000 – $278,750 (~RM628,000 – RM130,000)
  • Machine Learning Engineer: $137,000 – $174,256 (~RM637,000 – RM810,000)
  • Production Services Engineer: $159,375 ke $196,500 (~RM740,000 – RM910,000)
  • Software Development Engineer – Applications: $90,750 – $246,000 (~RM422,000 – RM1,114,000)
  • Software Development Engineer – Firmware: $125,000 – $208,120 (~RM581,000 – RM967,000)
  • Software Development Engineer – Systems: $115,000 to – $236,900 (~RM534,000 – RM1,101,000)
  • Software Development Engineer – UI: $132,000 – $205,000 (~RM613,000 – RM952,000)
  • Software Integrity Engineer: $112,961 – $174,000 (~RM524,000 – RM808,000)
  • Tools & Automation Engineer: $122,120 – $200,000 (~RM567,000 – RM930,000)

Jurutera Jaminan Kualiti Perisian dan Penguji atau Software Quality Assurance Engineers and Testers

  • Software Development Engineer: $120,000 – $198,000 (~RM558,000 – RM920,000)
  • Software Development Engineer – Applications: $154,000 – $175,000(~RM716,000 – RM813,000)
  • Software Development Engineer – Test: $129,413 – $196,000(~RM601,000 – RM911,000)
  • Software Integrity Engineer: $99,445 – $179,000 (~RM462,000 – RM832,000)
  • Software Quality Assurance Engineer and Tester: $70,346 – $168,834 (~RM327,000 – RM785,000)
  • Tools & Automation Engineer: $110,000 – $210,877 (~RM511,000 – RM980,000)

Jurutera Elektrikal atau Electrical Engineers

  • Analog IC Design Engineer: $165,000 – $195,000 (~RM767,000 – RM906,000)
  • CPU Implementation Engineer: $155,000 – $190,000 (~RM720,000 – RM883,000)
  • Design Verification Engineer: $108,124 – $200,000 (~RM502,000 – RM930,000)
  • Electrical Engineer: $92,040 – $174,845 (~RM428,000 – RM812,000)
  • Engineering Program Manager: $180,000 – $190,000 (~RM837,000 – RM883,000)
  • Engineering Project Manager: $140,000 – $195,000 (~RM650,000 – RM906,000)
  • RF/Analog/Mixed Signal Engineer: $144,172 – $156,398 (~RM670,000 – RM727,000)

Jurutera Mekanikal atau Mechanical Engineers

  • Advanced Manufacturing Engineer: $125,000 – $150,833 (~RM580,000 – RM71,000)
  • Engineering Project Manager: $135,000 – $160,000 (~RM627,000 – RM743,000)
  • Mechanical Engineer: $82,368 – $146,744 (~RM383,000 – RM681,000)

Penganalisis

  • Financial Analyst: $94,224 – $158,464 (~RM438,000 – RM736,000)
  • Business Systems Analyst: $157,850 – $165,238 (~RM733,000 – RM768,000)
  • Data Scientist: $143,200 – $187,600 (~RM,000 – RM,000)

Akauntan dan Juruaudit atau Accountants and Auditors

  • Financial Analyst: $110,000 – $181,406 (~RM511,000 – RM843,000)

Juruanimasi dan Artis Multimedia atau Multimedia Artists and Animators

  • HI Designer: $139,000 – $220,000 (~RM646,000 – RM1,022,000)

Pereka Grafik atau Graphic Designers

  • Graphic Designer: $62,733 – $92,851 (~RM291,000 – RM431,000)
  • HI Designer: $140,000 – $275,000 (~RM650,000 – RM1,278,000)
  • Marcom Designer: $137,000 – $165,000 (~RM637,000 – RM767,000)

Seperti mana-mana syarikat, Apple tidak mendedahkan pendapatan pekerja mereka namun mereka harus melakukannya untuk permohonan visa pekerja bukan warganegara yang diserahkan pada Pejabat Buruh AS.

Gaji sebenar mereka bagaimanapun boleh jadi lebih tinggi secara realitinya atas beberapa faktor lain.

Pendapatan tertinggi ialah jawatan pengarah senior iaitu setinggi $415,000 iaitu ~RM1,929,000 dan terendah pula pereka grafik $62,733 (~RM291,000).

Jawatan-jawatan ini hanya untuk jika sekurang-kurangnya 3 calon tersedia, menurut Insider. Ini hanyalah sebahagian yang kami pilih. Banyak lagi jawatan dan bahagiran turut dikongsi Insider.

Pastinya ada juga golongan ‘cerdik pandai’ yang akan mengatakan “Kenapa tukar ke RM? Kos hidup mereka lain, kerja di McDonald pun gaji besar di AS, jumlah sekian sekian…”

Untuk makluman, artikel ini bertujuan untuk kongsikan gaji kakitangan Apple sahaja, bukan dikarang dengan tekad untuk membandingkan kos sara hidup, masalah rumah tangga mahupun kos logistik jualan ikan kembung antara negara.

Sumber: Insider

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY