Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Akan Naikkan Harga Aplikasi App Store Di Malaysia, Berkuat Kuasa Seawal 5 Oktober

Apple Akan Naikkan Harga Aplikasi App Store Di Malaysia, Berkuat Kuasa Seawal 5 Oktober

Diterbitkan September 20, 2022 oleh Amalina Athman

Apple melalui laman web pembangun mengumumkan harga aplikasi dalam App Store akan dinaikkan untuk beberapa negara, termasuk Malaysia. Antara negara lain yang turut terkesan adalah Jepun, Korea Selatan, Sweden, Vietnam dan lain-lain, termasuk beberapa negara Eropah.

Dinyatakan, kenaikan harga di App Store bagi pembelian aplikasi dan pembelian dalam aplikasi (in-app purchase), tidak termasuk langganan sedia ada, akan berkuat kuasa seawal 5 Oktober depan.

Berkaitan

  • Pembangun Aplikasi Di App Store Wajib Lakukan Ini Mulai 30 Jun
  • Pengguna iOS Kini Boleh Buat Bayaran Netflix Luar App Store
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar

Walau bagaimanapun, Apple menyatakan kepada pembangun bahawa harga aplikasi dan pembelian dalam aplikasi boleh diubah pada bila-bila masa, termasuk langganan sedia ada. Pembangun juga boleh memilih untuk mengekalkan harga bagi pelanggan sedia ada.

Apple tidak memberikan perincian mengapa pihaknya menaikkan harga App Store di Malaysia khususnya, namun dijangkakan ia berkaitan kadar tukaran mata wang tempatan yang menurun berbanding dolar.

Sumber: Apple Developer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
©2026 WISER.MY