Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kuo: Populariti iPhone 14 Pro Max Mungkin Dorong Apple Hasilkan Lebih Banyak Perbezaan Antara iPhone 15 Pro dan Pro Max

Kuo: Populariti iPhone 14 Pro Max Mungkin Dorong Apple Hasilkan Lebih Banyak Perbezaan Antara iPhone 15 Pro dan Pro Max

Diterbitkan September 29, 2022 oleh Amalina Athman

Sehingga kini, model iPhone 14 Pro Max dilaporkan telah menyumbang kira-kira 60% daripada peningkatan tempahan bagi model ‘Pro’.

Berkaitan

  • Kuo: iPhone 15 Pro Dan iPhone 15 Pro Max Mungkin Hadir Dengan Segmen Berbeza
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Gurman: iPhone 15 'Ultra' Mungkin Akan Gantikan Model Pro Max

Dengan trend sebegini yang memperlihatkan pengguna lebih memilih untuk membeli model paling mahal, Ming-Chi Kuo menyatakan ia mungkin mendorong Apple untuk menghasilkan lebih banyak perbezaan dari segi penawaran antara model iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max.

Dalam erti kata lain, Apple mungkin akan menambah ciri eksklusif yang khusus untuk iPhone 15 Pro Max, bagi menggalakkan lebih banyak pengguna memilih model paling mahal itu.

(2/3)
I think this result will encourage Apple to create more differentiation between iPhone 15 Pro Max & 15 Pro to raise 15 Pro Max shipments and enhance the iPhone product mix.

— 郭明錤 (Ming-Chi Kuo) (@mingchikuo) September 28, 2022

Bukan kali pertama, Ming-Chi Kuo sebelum ini juga pernah menyatakan model iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max mungkin ditawarkan dalam segmen yang berbeza.

Mark Gurman dari Bloomberg baru-baru ini pula mengatakan model Pro Max mungkin akan dijenamakan semula sebagai ‘Ultra’, selari dengan cip M1 Ultra dan Apple Watch Ultra.

Sumber: Ming-Chi Kuo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY