Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
facebook instagram

Facebook & Instagram Mesti Buang Ciri Penatalan Tanpa Henti Atau Berdepan Denda Besar – EU

Diterbitkan Julai 13, 2026 · Dikemas kini Julai 13, 2026 oleh ariff bukhari

Kesatuan Eropah (EU) telah mengarahkan Meta, syarikat induk Facebook dan Instagram, untuk membuang ciri reka bentuk yang dianggap “ketagihan” seperti ciri penatalan tanpa henti dan video auto-main.

EU menegaskan bahawa ciri ini mendorong pengguna, terutamanya remaja, untuk terus meluangkan masa berlebihan di platform tanpa kawalan, sekali gus menjejaskan kesihatan mental dan fizikal.

Menurut laporan, Meta didakwa sengaja menggunakan algoritma yang mengekalkan pengguna dalam keadaan “autopilot”, walaupun menyedari kesan buruk seperti penggunaan berlebihan pada waktu malam oleh golongan muda.

EU juga menilai bahawa kawalan ibu bapa dan alat pengurusan masa yang sedia ada tidak berkesan kerana mudah dielak atau memerlukan pengetahuan teknikal.

Antara langkah yang diminta EU ialah mematikan fungsi auto-main dan skrol tanpa henti secara lalai, menyediakan rehat masa skrin yang berkesan, serta melaras semula algoritma cadangan agar tidak terlalu berorientasikan keterlibatan.

Jika Meta gagal mematuhi arahan ini, syarikat boleh dikenakan denda sehingga 6% daripada jumlah pendapatan global tahunan di bawah Akta Perkhidmatan Digital.

Meta bagaimanapun menolak dakwaan tersebut, dengan menyatakan bahawa laporan EU tidak mencerminkan usaha perlindungan remaja yang telah dilaksanakan.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • EU Arah Meta Buka Akses WhatsApp Kepada Chatbot AI Pesaing Secara Percuma
  • Kabel USB Murah Didapati Mengandungi Plastik Berbahaya - EU
  • Padah Paksa Android Dipasang Chrome, Google Dikenakan Denda Paling Mahal Dalam Sejarah EU

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • WhatsApp Uji Ciri 'View Once' Untuk Mesej Teks, Sebilangan Pengguna Kini Mula Menerimanya
  • Harman Kardon Lancar 2 Model Pembesar Suara Baharu, Harga Dari RM1,099
  • Kajian: 83% Rakyat Malaysia Berdepan Scam Dalam Setahun, 14% Alami Kerugian Wang
  • Acer Malaysia Lancar Penapis Udara Mesra Haiwan Peliharaan Dan Kipas Pintar
  • The Transformers: The Movie Akan Ditayangkan Secara Percuma Di YouTube 27 Nov Ini
  • Nothing Dedah Rupa Peranti AI Baharu Yang Bakal Dilancar Disember Ini
  • Kenali Rencana, Aplikasi Pelajar IPT Untuk Urus Jadual, 'Assignment' Dan Ulang Kaji
  • iQOO 16 Dengan Cip Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 8 Disember Ini
©2026 WISER.MY