Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
usb port color 2

Kabel USB Murah Didapati Mengandungi Plastik Berbahaya – EU

Diterbitkan Jun 18, 2026 ยท Dikemas kini Jun 18, 2026 oleh ariff bukhari

Pihak berkuasa pengawasan pasaran (MSA) melalui Direktorat Jeneral untuk Pasaran Dalaman, Industri, Keusahawanan dan PKS (DG GROW) Suruhanjaya Eropah telah menjalankan kempen ujian ke atas 173 produk elektrik dan elektronik di pasaran EU.

Hasilnya mengejutkan apabila mereka dapati 53% produk yang diuji gagal mematuhi piawaian keselamatan kerana mengandungi bahan berbahaya melebihi had yang dibenarkan.

Antara produk yang diuji termasuk peranti murah dengan sambungan USB atau panel solar seperti kipas, jam pintar, lampu suluh, serta peralatan dapur dan penjagaan diri.

Kegagalan paling banyak dikesan pada titik pateri yang mengandungi plumbum dan kadmium (82 sampel), serta kabel PVC lembut yang mengandungi bahan palstik berbahaya (51 sampel).

Beberapa produk turut dikesan mengandungi bahan kalis api bromin dan kromium heksavalen pada skru logam.

Kabel USB Murah Didapati Mengandungi Plastik Berbahaya – EU
Pelbagai produk yang diuji ini diperoleh dari 13 negara di kedai fizikal dan dalam talian termasuklah Belgium, Estonia, Finland, Jerman, Ireland, Latvia, Luxembourg, Belanda, Norway, Poland, Portugal, Slovenia dan Sweden.

Menariknya, produk dibeli secara dalam talian menunjukkan kadar kegagalan lebih tinggi berbanding produk yang dibeli terus dari kedai fizikal.

Selain ujian makmal, 41 produk didapati bermasalah dari segi dokumentasi dan tanda CE, termasuk tanda yang hilang atau mudah dipadam.

Keseluruhannya, 91 produk telah dilaporkan kepada platform Safety Gate dan telah diharamkan daripada berada di pasaran Eropah.

Ekoran itu, MSA menasihatkan pengguna supaya berhati-hati membeli produk elektronik murah, memastikan tanda CE yang sah, dan menyemak senarai amaran di Safety Gate.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Nintendo Switch 2 Versi EU Akan Dapat Bateri Boleh Diganti Sendiri
  • EU Arah Meta Buka Akses WhatsApp Kepada Chatbot AI Pesaing Secara Percuma

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY