Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DJI Mic Mini 2S_04

DJI Mic Mini 2S Dilancarkan – Sokong Rakaman Dalaman Sehingga 28 Jam, Harga Bermula RM419

Diterbitkan Ogos 4, 2026 · Dikemas kini Ogos 4, 2026 oleh Amalina Athman

DJI secara rasmi memperkenalkan DJI Mic Mini 2S, mikrofon wayarles mini pertama syarikat itu yang dilengkapi keupayaan rakaman dalaman.

Antara ciri utamanya ialah sokongan rakaman dalaman 32-bit float, yang memberikan lebih fleksibiliti ketika proses suntingan audio. Ia juga mampu merakam julat bunyi yang lebih luas, daripada bisikan hingga bunyi yang kuat tanpa menyebabkan audio pecah.

Setiap pemancar (transmitter) dilengkapi storan terbina sekitar 14.5GB, membolehkan rakaman audio sehingga 28 jam disimpan terus pada mikrofon.

DJI Mic Mini 2S_02

DJI turut menaik taraf sistem pembatalan hingar (noise cancelling) berasaskan AI dengan dua tahap berbeza. Tahap Basic sesuai digunakan di dalam bangunan untuk mengurangkan bunyi seperti kipas, penghawa dingin dan gema, manakala tahap Strong direka bagi membantu menjadikan suara lebih jelas ketika merakam di kawasan yang lebih bising.

Selain itu, ciri Clipping Control membantu mengurangkan tahap bunyi yang tiba-tiba menjadi terlalu kuat secara automatik, manakala Loudness Balance mengekalkan tahap audio yang lebih konsisten ketika temu bual atau penstriman langsung. Pengguna juga boleh memilih tiga preset suara iaitu Regular, Bright dan Rich mengikut kesesuaian rakaman.

Bagi rakaman melibatkan beberapa individu, satu penerima (receiver) DJI Mic Mini 2S boleh disambungkan kepada sehingga empat pemancar secara serentak. Sistem ini juga kekal serasi dengan beberapa aksesori mikrofon DJI generasi terdahulu, sekali gus memudahkan pengguna menaik taraf set audio sedia ada.

DJI Mic Mini 2S_03

Dari segi reka bentuk, pemancarnya hanya seberat kira-kira 12 gram dan boleh dipasang menggunakan klip atau magnet. Penutup hadapan magnetik juga boleh ditukar, termasuk pilihan rekaan khas hasil kerjasama dengan artis ilustrasi antarabangsa Victo Ngai yang dijual secara berasingan.

DJI Mic Mini 2S turut menyokong OsmoAudio Direct Connection, membolehkan pemancar disambungkan terus ke beberapa kamera Osmo terpilih seperti Osmo Pocket 4P, Osmo Pocket 4, Osmo 360, Osmo Nano dan Osmo Action 6 tanpa memerlukan penerima. Audio 48kHz 24-bit boleh dihantar terus ke kamera, yang memudahkan aliran kerja tanpa kabel dalam ekosistem DJI.

Harga dan ketersediaan

DJI Mic Mini 2S kini boleh didapati di Malaysia dengan harga bermula RM419 untuk set 1 TX + 1 RX serta 1 TX + 1 Mobile RX. Sementara itu, konfigurasi 2 TX + 1 RX dijual pada harga RM699.

DJI Mic Mini 2S_08
DJI Mic Mini 2S_09
DJI Mic Mini 2S_07
DJI Mic Mini 2S_001

Bagi pengguna yang hanya memerlukan mikrofon tambahan, pemancar (transmitter) boleh dibeli secara berasingan pada harga RM299.

Berkaitan

  • DJI Lito 1, Lito X1 Kini Tersedia Di Malaysia - Harga Bermula RM1,189
  • DJI Mic Mini 2 Kini Rasmi, Harga Bermula RM139
  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • DJI Osmo Pocket 4P Kini Rasmi - Dilengkapi Dwi-Lensa, Harga Bermula RM2,419

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY