Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DJI OSMO Pocket 4P Malaysia_01

DJI Osmo Pocket 4P Kini Rasmi – Dilengkapi Dwi-Lensa, Harga Bermula RM2,419

Diterbitkan Julai 30, 2026 · Dikemas kini Julai 30, 2026 oleh Amalina Athman

Setelah diperkenalkan di China pada bulan lalu, DJI secara rasmi kini melancarkan Osmo Pocket 4P untuk pasaran global, termasuk Malaysia.

Model terbaharu dalam siri kamera gimbal ini tampil dengan perubahan ketara menerusi penggunaan sistem dwi lensa. Ia menggabungkan lensa sudut lebar dan lensa med-tele bagi memberikan lebih fleksibiliti untuk pelbagai jenis rakaman, sama ada pemandangan luas, rakaman harian mahupun potret.

Lensa utamanya menggunakan sensor CMOS 1 inci (format 20mm dengan bukaan f/2.0). Dengan teknologi LOFIC, ia menyokong julat dinamik sehingga 17 hentian serta rakaman video sehingga 4K/240fps.

DJI Osmo Pocket 4P Malaysia_04

Bagi rakaman potret pula, Osmo Pocket 4P dilengkapi lensa med-tele 60mm dengan bukaan f/1.8 yang menyokong zum optikal 3x dan sehingga 12x zum.

Turut diperkenalkan ialah profil warna baharu 10-bit D-Log 2. Digabungkan dengan julat dinamik 17 hentian, pengguna mempunyai lebih banyak ruang untuk melakukan suntingan warna tanpa mengorbankan perincian pada bahagian terang dan bayang.

Untuk rakaman aksi, kamera ini menyokong mod gerak perlahan (slowmo) sehingga 8x pada resolusi 4K/240fps. DJI turut menyertakan mod Slow Shutter Video yang membolehkan pengguna menghasilkan kesan jejak cahaya, kabur pergerakan dan sebagainya.

DJI Osmo Pocket 4P Malaysia_00

Walaupun menawarkan spesifikasi yang lebih tinggi, Osmo Pocket 4P masih mengekalkan reka bentuk kompak dengan berat sekitar 230 gram. Ia menggunakan sistem penstabilan mekanikal 3 paksi serta ActiveTrack 8.0 yang mampu mengekalkan subjek seperti manusia, haiwan peliharaan, kenderaan dan objek lain berada di tengah bingkai, termasuk ketika menggunakan zum sehingga 12x.

DJI Osmo Pocket 4P Malaysia_02

Antara ciri lain yang ditawarkan termasuk rakaman segera dengan memusingkan skrin sentuh, kawalan menggunakan isyarat tangan, fungsi 4K Live Photo yang merakam klip 1.5 saat bagi setiap gambar, rakaman foto sehingga 37MP, 103GB storan terbina, pemindahan fail melalui USB 3.1 pada kelajuan sehingga 800MB/s, pengecasan daripada 0% ke 80% dalam masa 18 minit serta masa penggunaan sehingga 210 minit apabila dicas penuh.

Osmo Pocket 4P turut menyokong pelbagai aksesori dalam ekosistem Osmo.

Harga dan ketersediaan

DJI Osmo Pocket 4P Malaysia_01
DJI Osmo Pocket 4P Malaysia_02

Di Malaysia, Osmo Pocket 4P Standard Combo dijual pada harga RM2,419, manakala Vlog Combo pula berharga RM2,739.

Berkaitan

  • DJI Osmo Mobile 8P Kini Rasmi - Dilengkapi Osmo FrameTap, Harga Bermula RM569
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Insta360 Luna Ultra Kini Rasmi - Dwi-Lensa Leica, Harga Bermula RM2,999
  • DJI Osmo Pocket 4P Dilancarkan Di China, Dilengkapi Sistem Dwi-Kamera

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY