Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DJI Mic Mini 2 Kini Rasmi, Harga Bermula RM139

DJI Mic Mini 2 Kini Rasmi, Harga Bermula RM139

Diterbitkan April 28, 2026 · Dikemas kini April 28, 2026 oleh Amalina Athman

DJI hari ini memperkenalkan DJI Mic Mini 2, mikrofon wayarles kompak generasi baharu yang menampilkan koleksi penutup hadapan magnetik pelbagai warna.

Model ini menyokong rakaman audio 48kHz 24-bit bersama tiga pilihan ton suara iaitu Regular, Rich dan Bright yang boleh disesuaikan mengikut situasi. Ia juga dilengkapi pembatalan hingar dua tahap bagi kegunaan dalam dan luar bangunan, bersama fungsi seperti had automatik, pelarasan lima tahap dan rakaman dua trek melalui aplikasi DJI Mimo.

DJI Mic Mini 2_2

Pemancar DJI Mic Mini 2 mempunyai berat kira-kira 11 gram tanpa klip magnetik. Klip magnetik boleh tanggal yang disediakan boleh diputar bagi memastikan mikrofon sentiasa menghala tepat ke arah sumber bunyi.

DJI turut menambah baik aspek penyimpanan menerusi DJI Mic Mini 2 Charging Case yang kini boleh memuatkan pemancar (transmitter), penerima (receiver) dan aksesori dalam satu bekas.

Versi mudah alihnya, DJI Mic Mini 2 Charging Case (1 TX + 1 Mobile RX), pula direka untuk kegunaan bersama peranti seperti telefon pintar, memudahkan pengguna membawa set rakaman ke mana sahaja.

Menariknya, Mic Mini 2 juga menampilkan penutup hadapan magnetik pelbagai warna yang boleh ditukar. Selain warna standard Obsidian Black dan Glaze White, DJI turut bekerjasama dengan ilustrator terkenal Victo Ngai untuk menghasilkan koleksi Time Series yang dijual berasingan. Koleksi ini diinspirasikan daripada empat fasa kehidupan, merangkumi Dawn, Surge, Blaze dan Glimmer.

DJI Mic Mini 2_

DJI Mic Mini 2 menggunakan DJI Mic Mini Receiver dan boleh digunakan dengan kamera, telefon pintar, komputer serta tablet. Ia juga menyokong keserasian antara generasi, membolehkan penggunaan bersama DJI Mic Mini dan DJI Mic Mini 2. Selain itu, DJI Mic Series Mobile Receiver turut menyokong DJI Mic 3, sekali gus menawarkan audio mudah alih berkualiti studio 24-bit 48kHz.

Melalui DJI OsmoAudio Direct Connection, peranti lain seperti Osmo Pocket 3, Osmo 360, Osmo Nano dan Osmo Action 6 boleh disambungkan terus dengan sehingga dua pemancar tanpa memerlukan penerima tambahan.

DJI Mic Mini 2_5

Untuk penggunaan, jarak transmisi boleh mencapai sehingga 400 meter bergantung kepada konfigurasi. Dari segi bateri, pemancar mampu bertahan sehingga 11.5 jam, manakala penerima sehingga 10.5 jam. Dengan bekas pengecas, jumlah penggunaan boleh dilanjutkan sehingga 48 jam. Pengecasan selama 5 minit pula mencukupi untuk kira-kira satu jam penggunaan.

Harga dan ketersediaan

Di Malaysia, DJI Mic Mini 2 ditawarkan pada harga berikut:

  • Transmitter – RM139
  • 1 TX + 1 Mobile RX – RM239
  • 1 TX + 1 RX – RM239
  • 2 TX + 1 Mobile RX – RM319
  • 2 TX + 1 RX – RM399
DJI Mic Mini 2 Kini Rasmi, Harga Bermula RM139
DJI Mic Mini 2 Kini Rasmi, Harga Bermula RM139
DJI Mic Mini 2 Kini Rasmi, Harga Bermula RM139
DJI Mic Mini 2 Kini Rasmi, Harga Bermula RM139
DJI Mic Mini 2 Kini Rasmi, Harga Bermula RM139

Untuk pembelian, layari Laman Beli dan masukkan nama produk di bahagian carian.

Dalam masa sama, DJI turut memberi bayangan kehadiran model seterusnya, Mic Mini 2S, yang bakal hadir dengan sokongan rakaman dalaman serta konfigurasi 4TX + 1RX pada musim panas ini.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • DJI Osmo Pocket 4 Kini Rasmi - 107GB Storan Terbina, Harga Dari RM1,999
  • DJI Perkenal Lito X1, Lito 1 - Rakaman 4K HDR, LiDAR, Mampu Terbang Sehingga 36 Minit
  • DJI Lito 1, Lito X1 Kini Tersedia Di Malaysia - Harga Bermula RM1,189

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY