Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DJI Lito 1, Lito X1 Kini Tersedia Di Malaysia – Harga Bermula RM1,189

DJI Lito 1, Lito X1 Kini Tersedia Di Malaysia – Harga Bermula RM1,189

Diterbitkan April 24, 2026 ยท Dikemas kini April 24, 2026 oleh Amalina Athman

Seiring pengumuman sebelum ini, siri dron DJI Lito kini rasmi ditawarkan untuk pasaran Malaysia.

Secara ringkas, ia hadir dengan dua model iaitu Lito 1 dan Lito X1. Kedua-duanya berkongsi berat 249 gram serta sokongan pengesanan halangan 5-Lux Omnidirectional, namun Lito X1 turut dilengkapi LiDAR.

Dari segi kamera, kedua-duanya menggunakan sensor 48MP. Lito X1 hadir dengan sensor 1/1.3 inci apertur f/1.7, manakala Lito 1 menggunakan sensor 1/2 inci apertur f/1.8.

DJI Lito X1
DJI Lito 1 spec_

Siri Lito menawarkan rakaman foto sehingga 8K dan video 4K/100fps, dengan Lito X1 turut menyokong 4K/60fps HDR, 14-Stop Dynamic Range dan 10-bit D-Log M. Lito X1 menyediakan storan dalaman 42GB, sementara Lito 1 hanya menyokong penggunaan kad microSD. Kedua-duanya mampu diterbangkan sehingga 36 minit.

DJI Lito 1 dijual pada harga RM1,189, manakala versi Fly More Combo (RC-N3) berharga RM1,669.

Lito 1 FMC (RC-N3)
Lito 1
Lito 1
Lito 1 FMC (RC-N3)

Bagi Lito X1, versi standard ditawarkan pada RM1,479. Sementara versi Fly More Combo masing-masing dijual pada harga RM2,009 (Lito X1 FMC (RC-N3)), RM2,359 (Lito X1 FMC (RC2)) dan RM2,659 (Lito X1 FMC+ (RC2)).

Lito X1 FMC (RC-N3)
Lito X1
Lito X1
Lito X1 FMC (RC-N3)
Lito X1 FMC (RC2)
Lito X1 FMC (RC2)
Lito X1 FMC +(RC2)
Lito X1 FMC + (RC2)

Untuk pembelian, layari Laman Beli dan masukkan nama produk.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • DJI Lancar Dron Avata 360, Harga Dari RM2,599
  • DJI Osmo Pocket 4 Kini Rasmi - 107GB Storan Terbina, Harga Dari RM1,999
  • DJI Perkenal Lito X1, Lito 1 - Rakaman 4K HDR, LiDAR, Mampu Terbang Sehingga 36 Minit

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY