Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DJI Avata 2

DJI Avata 2 Jadikan Anda Pilot Dron ‘Profesional’ Pada Harga RM1,999

Diterbitkan April 15, 2024 · Dikemas kini April 15, 2024 oleh ariff bukhari

Dron terbaru DJI Avata 2 yang baru sahaja dilancarkan kini sudah pun tiba di Malaysia. Ia direka bentuk untuk digandingkan dengan DJI Goggles 3 dan DJI RC Motion 3 baharu yang akan dapat memberikan pengendalinya kemahiran profesional walaupun anda seorang amatur.

Menampilkan penderia imej yang lebih besar daripada pendahulunya, kamera 12MP Super-Wide-Angle CMOS 1/1.3 inci, Avata 2 mengembangkan julat dinamik dan mengendalikan keadaan cahaya malap dengan kesan yang lebih besar.

Kamera ini menyediakan fotografi udara dan videografi HDR1 sehingga 4K/60fps, serta rakaman gerakan perlahan pada 2.7K/120fps.

DJI Avata 2

DJI juga melakukan penambahbaikan lain menerusi Avata 2 seperti menjadikan pelindung kipas bersepadu lebih ringan, masa penerbangan maksimum 23 minit dan menyokong pengecasan pantas PD, supaya ia boleh dicas semula dengan pantas, dilengkapi dengan storan dalaman 46GB, mampu menyimpan kira-kira 90 minit video 1080p/60fps serta penghantaran video O4 baharu yang menawarkan sehingga 13 km jarak penghantaran video maksimum1 kependaman penghantaran serendah 24 ms, kualiti imej definisi tinggi 1080p/100fps dan kadar bit penghantaran maksimum 60Mbps.

DJI Avata 2 dijual pada harga bermula dari RM1,999 (dron sahaja). Set kombonya pula yang lengkap sekali dengan DJI Goggles 3 dan DJI RC Motion 3 pula dijual pada harga RM3,999.

harga DJI Avata 2 kombo

Beli dron DJI terbaru dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.io/clkztoo
  • Lazada – https://invol.co/clkztp1

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Sambar iPhone Raya Sekarang Serendah RM46/bulan Dan Jimat Sehingga RM750

Sumber: DJI Global , DJI Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY